Nuffnang

Rabu, 30 April 2014

Aqasha - Google Blog Search

Aqasha - Google Blog Search


<b>Aqasha</b>-baizura-sabri-gambar-kahwin-tunang2 | Flickr - Photo <b>...</b>

Posted: 18 Jun 2010 01:40 PM PDT

keyboard shortcuts: previous photo next photo L view in light box F favorite < scroll film strip left > scroll film strip right ? show all shortcuts

Nur Fazura - Google Blog Search

Nur Fazura - Google Blog Search


Perbalahan <b>Nur Fazura</b> & Wartawan Di Twitter Tarik Perhatian Ramai |

Posted: 28 Apr 2014 10:09 PM PDT


Terkejut juga Abang Nara apabila membaca per"gaduh"an antara pelakon jelita, Nur Fazura dengan seorang wartawan hiburan sebuah suratkhabar tempatan di Twitter hari ini. Semuanya gara-gara artikel wartawan tersebut yang menampakkan seolah-olah Fazura cuba lari daripada ditanya mengenai isu "bercium di KLIA' ketika temuramah sempena pelancaran wangian produk terbaharu Lux.

fazura dan wartawan

Menariknya wartawan tersebut tidak mengambil langkah berdiam diri sebaliknya turut memberikan respons terhadap kata-kata Fazura.

fazura dan wartawan

Namun Abang Nara respek dengan Fazura yang telah pun memaafkan perbuatan wartawan tersebut. Walaupun kebanyakan peminat Fazura memohon Fazura untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap wartawan tersebut, namun Fazura lebih senang untuk menamatkan isu ini dengan memberi kemaafan. Memang terbaik!!!
fazura dan wartawan

Sesungguhnya artis dan wartawan memerlukan antara satu sama lain. Gaduh panjang-panjang pun tak guna. Artis perlukan publisiti dan wartawan perlukan cerita mereka. Kalau ikut peribahasa, bak aur dengan tebing. Semoga ada pengajaran yang diambil daripada kontroversi ini.

Baca Yang Ini Pulak:-

Erra Fazira - Google Blog Search

Erra Fazira - Google Blog Search


Ini Bukan Perkara Kecil – <b>Erra Fazira</b> | - Beautifulnara

Posted: 15 Apr 2014 03:20 AM PDT


Nampaknya niat Engku Emran untuk berbaik semula dengan dirinya telah membuatkan Erra Fazira tertekan. Abang Nara memahami perasaan Erra. Ditelan mati emak, diluah mati bapa. Nak cakap "ya" pun tak boleh, nak cakap "tidak" lagilah tak boleh. Walaupun penyatuan semula adalah satu perkara yang sangat baik, sedikit sebanyak liputan yang diberikan terhadap usaha bekas suaminya pasti menganggu emosi Erra Fazira.

erra fazira

Berkata kepada Harian Metro, Erra Fazira menegaskan bahawa hal ini adalah bukan satu perkara yang mudah. Kata Erra:-

Ini bukan perkara kecil dan ia membabitkan soal hati dan perasaan. Paling penting ia tidak harus dipaksa-paksa. Semua pihak harus bersikap adil dan saya perlukan ruang untuk melalui satu fasa hidup yang baru. Saya banyak diuji dan saya perlu memperkuatkan diri. Tiada perkara lain yang mahu saya fikirkan sekarang ini selain membesarkan Aleesya dengan cara seadil-adil dan sebaik-baiknya.

erra

Betul juga kata Erra itu. Kita selaku peminat pasti tidak tahu apa yang terjadi dalam perkahwinan mereka sehingga berakhir dengan penceraian. Pada pandangan kita, kalau mereka bertaut kembali sudah tentu ia akan berakhir dengan kegembiraan seperti dalam filem. Namun buat Erra, mungkin perpisahan adalah kebahagiaan buat dirinya. Kita tak tahu kan? Apa pun, selaku peminat, marilah kita doakan yang terbaik buat Engku Emran, Aleesya dan juga Erra Fazira.

Baca Yang Ini Pulak:-

Nora Danish - Google Blog Search

Nora Danish - Google Blog Search


<b>nora</b>-<b>danish</b>-bertudung-sumpah-bunian2 | Flickr - Photo Sharing!

Posted: 04 Aug 2009 12:00 AM PDT

keyboard shortcuts: previous photo next photo L view in light box F favorite < scroll film strip left > scroll film strip right ? show all shortcuts

Sazzy Falak - Google Blog Search

Sazzy Falak - Google Blog Search


GAMBAR MAJLIS HARI JADI ANAK KEMBAR <b>SAZZY FALAK</b> <b>...</b>

Posted: 28 Apr 2014 12:35 AM PDT

meriah sungguh majlis harijadi anak kembar Sazzy Falak 
Memang filem Frozen ni tengah jadi fenomena la pada anak2 perempuan kita..kan??
semua nak ada gambar Elsa dan Anna sekarang ni..
dari baju sampai ke bantal busuk.heheh..
Jom la kita tengok  apa lagi yang menarik kat majlis 
Iman Lily dan Tiara Rose ni..


ini yang paling aku suka...












banyak nye..best betul jadi budak2..
boleh tiru  tema nih..kan??

Sara Ali - Google Blog Search

Sara Ali - Google Blog Search


Cinta Shafie Nawip & <b>Sara Ali</b> | buahmulut.com

Posted: 16 Feb 2014 03:49 AM PST

Pernah bergandingan bersama dalam filem Songlap, pelakon Syafie Naswip dan Sara Ali pantas mencipta keserasian bersama. Kali ini diteruskan pula menerusi drama menarik Biskut-Biskut Cinta mengisi slot Panggung Ahad di TV1.


Shafie Nawip & Sara Ali

Menemui penonton pada 23 Februari; pukul 10.05 pagi, Biskut-Biskut Cinta sarat dengan adegan komedi bila si gadis yang merubah identitinya menjadi tomboy jatuh cinta pada pemuda yang selalu menjadi penyelamat kepadanya.

Drama arahan Yusni Yusoff ini berkembang dengan memperkenalkan watak utama gadis bernama Khirul Bariah (Sarah Ali) lari ke bandar kerana takut dikahwinkan dengan orang tua di kampungnya. Dia menukar perwatakan menjadi lelaki dengan nama Kerol kerana takut diganggu.


Shafie Nawip & Sara Ali

Dia kemudiannya diterima bekerja di kedai biskut dan pada masa yang sama berjumpa dengan rakan serumah bernama Anuar (Shafie Naswip). Anuar merupakan penyelia di kedai biskut tempatnya bekerja. Setiap bulan Kerol mengirim wang pada ibunya di kampung untuk melangsaikan hutang keluarga dengan orang kaya di kampung.

Berlaku peristiwa-peristiwa lucu semasa tinggal serumah dengan Anuar hingga memaksa Kerol mencari rumah sewa lain kerana takut rahsianya bocor dan diketahui oleh Anuar.


Shafie Nawip & Sara Ali

Pada suatu hari Kerol diganggu oleh sekumpulan remaja nakal. Mujur Anuar berada di situ lantas menyelamatkan Kerol. Sejak itu Kerol terpaut hati tanpa di sedari Anuar. Anuar pula merasakan Kerol seorang yang pelik kerana jarang bergaul dengannya semasa mereka tinggal serumah hingga memaksa beliau menyiasat siapa Kerol sebenarnya.

Akhirnya Anuar dapat tahu siapa Kerol hingga menyebabkan dia kecil hati dan marah pada Kerol. Kerol menerangkan keadaan sebenar hingga berjaya memujuk Anuar dan Anuar pergi ke kampung Khairul bariah bertemu ibunya.Pulang ke rumah Kerol terkejut kerana ibunya telah berkahwin dengan Pak Yazid, orang kaya di kampungnya.

Drama ini turut dibintangi oleh Kamarul Hj Yusuff (Pak Yazid), Delimawati (Mak Ton), Sharonizam Noor (Abang Leman), Zila Bakarin (Julia) dan Rasyid Jaafar (Zaki).

Mungkin Anda Perlu Baca Ini Juga !!

Juliana Evans - Google Blog Search

Juliana Evans - Google Blog Search


<b>Juliana Evans</b> Gembira Berjaya Tamatkan Pengajian Di Michigan <b>...</b>

Posted: 28 Apr 2014 01:32 AM PDT

Tidak kreatif langsung tajuk artikel kali ini, cliché sangat bunyinya. Maafkan penulis yang sangat kekurangan idea. Siapa tidak akan merasa gembira apabila penat lelah bertahun lamanya terbalas dengan sekeping ijazah di hari graduasi.

Juliana Evans baru baru berkongsikan rasa gembira beliau berjaya menamatkan pengajian selama lebih dua tahun di dalam jurusan Sarjana Muda Komunikasi di Western Michigan University, Amerika Syarikat — melalui akaun Instagram beliau.

"Our dream came true finally. Thanks for everything mum so glad you are here," tulis Juliana Evans dalam salah satu gambar yang dikirimkan yang menunjukkan ibunya turut hadir ke majlis graduasi beliau yang berlangsung baru baru ini.

Dalam nada bergurau, Juliana Evans turut berterima kasih kepada dua ekor kucing comel peliharaan beliau kerana menjadi teman bermain dan teman melengahkan kerja sepanjang belajar di sana. Dan, ada sekali gambar kucingnya.

Okay perlu berhenti menulis sebelum lebih merepek. Tahniah Juliana Evans atas kejayaan ini, bila mahu pulang ke Malaysia dan kembali aktif dalam dunia seni? Kami rindu. (rtky/m)


Pierre Andre - Google Blog Search

Pierre Andre - Google Blog Search


Kandungan Isteri <b>Pierre Andre</b> Terpaksa Digugurkan | Oh! Media

Posted: 14 Jan 2014 08:26 PM PST

ohartis-pierre-andre-isteri

Hasrat pelakon dan pengarah Pierre Andre untuk menimang cahayamata pada tahun ini nampaknya tidak kesampaian kerana dimaklumkan kandungan isterinya terpaksa digugurkan kerana mempunyai masalah pada janin.

BACA: (Tahniah) Isteri Pierre Andre Hamil 8 Minggu

Biarpun sedih dengan perkara tersebut, namun Pierre tetap bersyukur kerana isterinya tidak mengalami sebarang komplikasi.

"Doktor terpaksa menggugurkan kandungan isteri saya yang berusia 13 minggu kerana terdapat masalah pada janin. Jujurnya kami memang sedih, tetapi pada usia yang masih muda ini, kami percaya dengan rezeki.

"Apa yang boleh saya katakan bahawa belum ada rezeki anak lagi buat saya dan isteri. Sebelum ini saya pernah memberitahu bahawa saya bakal bergelar seorang bapa, tetapi kuasa Allah S.W.T. tidak dapat siapa duga.

"Ceritanya apabila kami melakukan pemeriksaan pada masa yang ditetapkan iaitu 13 minggu usia kandungan dan doktor mendapati bahawa kandungan isteri terpaksa digugurkan kerana mempunyai masalah dan ini boleh mengancam keselamatan isteri saya.

"Kami sekeluarga agak sedih tetapi apa yang boleh saya buat ialah berdoa dan mungkin ini bukan rezeki kami lagi. Saya dan isteri akan terus berusaha lagi pada masa akan datang," katanya.

BACA: (Gambar) Majlis Pernikahan Pierre Andre Dan Nur Hidayah

Pierre Andre atau nama sebenarnya Mohd Pierre Andre Nazarul Andre telah mendirikan rumahtangga dengan Siti Nur Hidayah Hashim atau lebih dikenali sebagai Yaya pada 21 Jun tahun lalu.

OHMEDIA: SEMOGA PIERRE DAN ISTERI TABAH. ISNYAALLAH PASTI ADA REZEKI YANG LEBIH BAIK UNTUK KALIAN.

Elfira Loy - Google Blog Search

Elfira Loy - Google Blog Search


<b>Elfira Loy</b> Belanja RM20,000 Borong Kain, Produk Kecantikan Di <b>...</b>

Posted: 09 Apr 2014 10:43 PM PDT

Tiz Zaqyah - Google Blog Search

Tiz Zaqyah - Google Blog Search


AKSI <b>TIZ ZAQYAH</b> DAN DANIEL HAZIQ BERCUTI DI AUSTRALIA <b>...</b>

Posted: 20 Apr 2014 08:12 PM PDT

Laman Ping.Busuk dibangunkan dan diaturcara oleh pengaturcara kami tersendiri. Sebarang kesulitan, diharap anda dapat menghubungi kami melalui email busuk.org[at]gmail ataupun melalui laman fb kami.

Online user : 2,733
Widget Aktif : 3,894
Banner Aktif : 5,543

Domain Dibenarkan: 9,437
Jumlah Artikel : 680,267

Azhar Sulaiman - Google Blog Search

Azhar Sulaiman - Google Blog Search


Foto Gambar anak anak <b>Azhar Sulaiman</b> | malatup - Busuk.org

Posted: 17 Apr 2014 06:23 AM PDT

Laman Ping.Busuk dibangunkan dan diaturcara oleh pengaturcara kami tersendiri. Sebarang kesulitan, diharap anda dapat menghubungi kami melalui email busuk.org[at]gmail ataupun melalui laman fb kami.

Online user : 2,340
Widget Aktif : 3,899
Banner Aktif : 5,536

Domain Dibenarkan: 9,435
Jumlah Artikel : 680,100

Yuna - Google Blog Search

Yuna - Google Blog Search


Y is for <b>Yuna</b> | Comparative Geeks

Posted: 29 Apr 2014 10:24 PM PDT

YDavid and I both enjoyed Final Fantasy X. The story is fantastic and it is the game that introduced the world to Auron one of the best characters. Now the biggest problem with the game and the story it told is that it focused on the wrong character. Tidus was such a boring character and seemed really superfluous to the story in some ways. Yuna on the other hand was a woman on a mission and everything that was happening revolved around her journey and mission. It just seemed so odd to have the focus of the game be Tidus and he was kind of an annoying character. Yuna is this amazing character who believes that it is her calling to take down Sin and save the world. She is fearless, loyal, and sometimes believes in people a bit too much.

Summoner

As a summoner Yuna made the choice to embark on a pilgrimage to expel Sin. She follows Yevon's teaching and believes what she has been taught. She may be young, but she truly believes that what she is doing is right and will help people. She is doing all of this because she believes the teachings and she is a kind and selfless person. As a summoner she makes sure to do her duty and follow the course as it has been laid out. This leads to a little bit of blind following, but she is not closed to other thoughts.

Friend

Now as a summoner she has a lot of responsibilities, but it is her loyalty and kindness to her friends that make them defend her so fiercely. She has many people in her life, all of whom gladly and willingly protect her on her journey. Part of this is that she is always encouraging them in their endeavors and sometimes they can even come before her own needs. She inspires those around her to greatness and more times than not greatness follows.

Naive

Now with the blind faith and loyalty Yuna tends to see the best in people, but this does not always go well. She tries to see the good and does not suspect the evil, which in the course of the game leads her into trouble. At the same time she is not helpless, and when she does discover that she is wrong she does not let it break her. Instead she stands up and fights back. She has kindness, but she also has a lot of strength.

Yuna is so much more interesting than Tidus and they failed to do her justice in Final Fantasy X. Then they made Final Fantasy X-2, but failed to have the same impact as X.

Farawahida - Google Blog Search

Alyah - Google Blog Search

Alyah - Google Blog Search


<b>Alyah</b> Bakal Jelaskan Status Dengan Ramli MS Hujung Tahun Ini |

Posted: 28 Apr 2014 02:26 AM PDT


Sehingga ke hari ini, status hubungan antara Alyah dan Ramli MS masih menjadi persoalan ramai. Ada desas-desus menyatakan mereka sudah berkahwin, ada pula menyatakan sebaliknya. Sehingga ke hari ini, tiada sebarang jawapan konkrit sama ada dari Alyah atau pun dari Ramli MS sendiri. Senang cerita, kita masih diselubungi misteri.

ramli ms dan alyah

Berkata kepada BiPop semalam, Alyah ternyata lebih selesa untuk tidak mengiyakan atau menafikan sebarang spekulasinya dengan komposer muzik itu. Menurut Alyah, segala persoalan ini akan dirungkaikan olehnya hujung tahun ini. Kata Alyah:-

Terpulang jika ada yang anggap saya sudah kahwin. Selama ini pun, saya tidak pernah mengaku atau menafikan persoalan yang berlegar dalam fikiran ramai. Ramai yang mengharapkan jawapan pasti, tetapi itu tidak bermakna saya cuba lari daripada kenyataan hidup.

Saya sendiri mengharap ada penamat di atas semua yang menjadi tanya tanya selama ini. Saya sedar benda ini terus berlarutan dan ramai yang akan bertanya. Selalunya orang akan tanya saya dan bukan dia (Ramli MS). Insya Allah akan tiba masanya, Alyah tanpa ragu akan merungkaikannya.

Selama ini, kalau pihak saya saja yang bersedia untuk menjelaskan sesuatu dan tidak di pihak sebelah sana, ia tak boleh terjadi juga. Dalam hal ini, banyak hati yang perlu dijaga. Saya tak boleh sewenang-wenangnya bertindak atau membuat keputusan sendiri.

Sekali lagi buat peminat atau sesiapa saja di luar sana tidak kira yang menyukai mahupun membenci diri ini, saya dengan rendah hati memohon doa daripada anda semua supaya pengakhirannya nanti terbaik buat semua.

ramli ms dan alyah

Macam ada sesuatu yang cuba disampaikan oleh Alyah dalam kata-katanya di atas. Tak apalah Alyah. Pasti Alyah ada sebab tersendiri yang amat kukuh untuk tidak menjelaskan status dirinya. Yang penting, asalkan Alyah bahagia di samping orang tersayang sudahlah. Cuma satu hari nanti, apabila sudah bersedia, bolehlah buat kenyataan sidang media untuk memperjelaskan segalanya. Semoga hari itu akan tiba secepat mungkin. Insya Allah.

P.S: Fotografi makro embun yang sangat jelas

Baca Yang Ini Pulak:-

Apa Status Sebenar Hubungan <b>Alyah</b> Dan Ramli MS? | MummyNemo

Posted: 30 Apr 2014 04:32 AM PDT

Adakah anda ingin mengikuti jejak langkah Adira untuk dapatkan kulit CANTIK & PUTIH? Dapatkan disini
Mencari Peluang Kerja Dari Rumah

alyahKhabar angin mengenai status hubungan mereka mula diperkatakan sejak empat tahun yang lalu tetapi penyanyi Alyah mahupun konduktor dan penerbit muzik terkenal, Ramli MS mengambil pendekatan tidak memberi sebarang penjelasan mengenai perkara tersebut.

Walaubagaimanapun Alyah memberitahu, dia akan membuat pengumuman selepas Aidilfitri akan datang.

"InsyaAllah, jika waktunya sampai nanti, saya akan umumkan.

"Saya tak boleh cakap apa-apa, sama ada ya atau tidak sebelum ini sebab ia (hubungan) membabitkan banyak pihak.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
"Mencari Peluang Bisnes Dari Rumah Dengan Modal Kecil? Klik Sini"

"Apabila semua sudah sedia nanti, saya pasti akan umumkan. Doa-doakanlah," ujarnya seperti dipetik daripada laporan Harian Metro.

Pemilik nama sebenar Noor Hasliah Abu Hassan ini berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelantikannya sebagai duta Aalia Tudung dan Selendang, Euromoda Gulati's di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

Sebelum ini Alyah dan Ramli dikhabarkan sudah bernikah pada tahun lalu di negara jiran.

Penyanyi berusia 33 tahun ini berkata, dia tidak berniat untuk menyembunyikan atau menepis spekulasi hubungan mereka tetapi mempunyai sebab berbuat demikian.

"Bukan saya bermaksud nak menyembunyi atau menepis benda yang baik, tetapi saya di tempat wanita. Tak manis untuk terus bercakap selagi tiada pengesahan," katanya.

Dalam perkembangan lain, Alyah baru sahaja muncul dengan lagu terbaru berjudul "Sesal Separuh Nyawa".

Incoming search terms:

Fauzi Nawawi - Google Blog Search

Fauzi Nawawi - Google Blog Search


<b>Fauzi Nawawi</b> Tempelak Sharnaaz Ahmad - Gua.com.my

Posted: 24 Apr 2014 10:46 AM PDT

Sebelum ini, tercetusnya kontroversi antara pasangan suami isteri, Fauzi Nawawi dan Lisdawati bersama dengan aktor filem 'Juvana', Sharnaaz Ahmad. Namun begitu, cerita ini senyap seketika kerana Fauzi dan Lisda berangkat untuk menunaikan ibadah Umrah di Tanah Suci Mekah.

Beberapa hari lalu, GUA berkesempatan untuk menemuramah Sharnaaz dan bertanyakan padanya mengenai perkembangan kontroversi ini. Namun begitu, Sharnaaz enggan mengulas lanjut dan mengatakan bahawa dia mahu menunggu sehingga Lisda selesai melahirkan anaknya.

GUA bertemu dengan Fauzi di Tayangan Filem Sang Pemberani di Cathay Cineleisure, Damansara pada Khamis dan mendapatkan maklumbalas Fauzi mengenai kenyataan yang diberikan oleh Sharnaaz.

"Tidak ada logiknya mahu menunggu selepas isteri saya bersalin, kerana sama ada dia bersalin atau pun tidak, dia berada dalam keadaan sihat walafiat. Isteri saya hari ini pun terbang ke Sarawak. Masa Lisda menunaikan Umrah pun, dia sihat. Kesihatan bukan alasan, jika dia mahu berbincang secara baik, bukan untuk bergaduh, perkara tersebut tidak akan mempengaruhi kesihatan isteri saya," ujar pelakon drama 'Matahari' ini.

"Selepas saya pulang dari Umrah, saya tonton semula kenyataan yang dia berikan menerusi YouTube. Saya kecewa dengan dia kerana sepanjang penglibatan saya dalam industri hiburan, belum pernah lagi ada pelakon herdik atau tengking seorang perempuan mengandung. Saya hanya bertindak untuk melindungi isteri saya," jelas Fauzi lagi.

Dalam pada itu, Fauzi sekali lagi menegaskan yang dia melakukan laporan polis adalah bukan untuk meraih publisiti dan bukan disebabkan oleh Sharnaaz.

"Sudah banyak kali saya jelaskan, tujuan saya lakukan laporan polis adalah bukan untuk meraih publisiti. Tujuan saya lakukan perkara tersebut adalah untuk membawa isteri saya, pergi hospital, di bahagian kecemasan, untuk memeriksa kandungan isteri saya. Dia membawa satu nyawa dalam kandungannya. Itulah saya tunggu selama bertahun-tahun, kerana saya dapat tahu isteri saya mengandungkan anak lelaki. Itu sudah tanggungjawab saya untuk lindungi isteri dan anak saya," jelasnya lagi.

"Saya buat laporan polis bukan sebab Sharnaaz. Tidak kiralah siapa pun yang buat, saya tetap akan buat laporan. Tapi, kenapa Sharnaaz? Apabila perkara ini terjadi artis sesama artis, saya kalau boleh tak mahu panjangkan cerita. Industri kita tidak besar mana. Sepatutnya kenyataan yang dibuat di media, saya yang lebih melenting, tapi saya hanya bertindak tenang, malah dia yang menunjukkan kemarahan dirinya," ujar Fauzi mengakhiri perbualan.

Fouziah Gous - Google Blog Search

Fouziah Gous - Google Blog Search


<b>Fouziah Gous</b> Bersabar Difitnah Dalam Instagram - Webberita

Posted: 23 Apr 2014 09:58 AM PDT

Fouziah Gous Bersabar Difitnah Dalam Instagram

Fouziah Gous Bersabar Difitnah Dalam Instagram - KL : Murai Batu tabik dengan sikap seorang pelakon cantik iaitu Fouziah Gous apabila dirinya telah difitnah secara terbuka oleh seorang peminat di dalam laman Instragram seorang pereka fesyen popular, Ezuwan Ismail baru-baru ini.

Murai Batu rasa pendekatakan yang digunakan oleh Fouziah Gous itu wajar dicontohi oleh ramai artis lain terutama apabila menyentuh isu sensitif atau yang boleh menjatuhkan maruahnya sebagai seorang wanita dan isteri.

Yalah kata pepatah, berani kerana benar, takut kerana salah.

Daripada kenyataan yang dikeluarkan oleh peminat berkenaan di salah satu gambar milik Ezuwan Ismail bersama-sama Fouziah Gous, dia berkata pelakon berkenaan seorang kaki kikis atau gold digger.

Malah apa yang lebih teruk apabila Fouziah Gous turut dikaitkan dengan seorang VVIP untuk terus popular sebagai pelakon.

OMG! Bukan saja Murai Batu, malah sesiapa saja yang membacanya pasti akan naik berang atau kalau tidakpun akan sedih lebih-lebih lagi dimalukan secara terbuka.

Tetapi Murai Batu dapat rasakan Fouziah Gous tetap tenang dan dia menjawab kenyatan oleh peminat berkenaan dengan penuh rendah diri serta yakin kerana dia sedar bahawa dia sebenarnya berada di pihak yang benar.

Fouziah Gous juga meminta pengirim kenyataan berkenaan untuk menujukan bukti sekiranya benar segala perkara yang disebarkannya wanita itu adalah perkara sahih.

Namun apa yang Murai Batu lihat, sebaik saja Foziah Gous meletakkan komen ikhlasnya susulan daripada kenyataan berkenaan, peminat berkenaan terus senyap atau lenyap daripada terus memberikan sebarang komen.

Lebih menggembirakan hati Murai Batu apabila Fouziah Gous telah mendapat banyak maklumbalas positif atau berbentuk sokongan daripada pengikut Ezuwan Ismail yang mahukan dia terus bersabar dan cekal.

Murai Batu dapat rasakan apa yang Fouziah Gous rasakan dan Murai Batu rasa ramai generasi hari ini yang telah menyalah gunakan teknologi terutama laman sosial untuk menghentam seseorang tanpa berfikir sebelum bertindak.

Jika benar Fouziah Gous telah melakukan kesilapan, mengapa tidak peminat berkenaan bertemu pelakon itu sendiri untuk meleraikan kekusutan dan bukannya dengan cara memalukannya di hadapan khalayak seperti ini.

Bayangkan sekiranya perkara yang sama terjadi pada diri sendiri ataupun ahli keluarga kita. Bukankah ianya satu perkara yang amat menyedihkan lagi tidak bertamadun?

Renung-renungkanlah. – Webberita | Terkini via Murai

comments

Along Eyzendy - Google Blog Search

Along Eyzendy - Google Blog Search


<b>Along Eyzendy</b> Enggan Komen Isu Ambil Dadah | MyArtis <b>...</b>

Posted:

Biarpun laporan di dada akhbar tidak menyebut siapakah gerangan pelakon itu, tetapi ramai pengguna laman sosial yang mendakwa bahawa dia ialah Along Eyzendy. Menerusi portal hiburan OHBULAN!, pelakon tersebut ...

<b>Along Eyzendy</b> Enggan Komen Isu Ambil Dadah | blogsgosip

Posted:

Along Eyzendy Enggan Komen Isu Ambil Dadah LEBIH seminggu lalu heboh diperkatakan mengenai kes seorang pelakon filem Khurafat yang ditahan di sebuah kelab malam di ibu kota kerana positif dadah.Biarpun laporan di dada akhbar ...

<b>Along Eyzendy</b> adalah Artis Yang &quot;Dicekup&quot;?? - ape cerita! - Blogger

Posted:

Selepas melakukan ujian air kencing sebanyak dua kali, pelakon itu disahkan positif mengambil dadah jenis ganja. Sejak tersebarnya berita tersebut, ramai mendakwa Along Eyzendy adalah individu yang ditahan itu, namun ...