Jamal Abdillah - Google Blog Search |
Dato' <b>Jamal Abdillah</b> Terkejut Dipeluk Peminat - Gua.com.my Posted: 23 Apr 2014 09:35 PM PDT Bukan perkara baru jika kita dengar artis lelaki dipeluk, dicium, diraba atau sebagainya oleh peminat. Penyanyi kegilaan ramai, Anuar Zain merupakan antara artis yang sudah biasa berhadapan dengan situasi tersebut ketika mengadakan persembahannya. Baru-baru ini, penyanyi dari Indonesia, Afgan juga terkejut apabila dicium oleh peminat wanita ketika membuat persembahan di Minggu Setiausaha Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Situasi sama juga berlaku kepada Raja Pop Malaysia, Dato' Jamal Abdillah ketika mengadakan persembahan Minggu Setiausaha di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), pada Selasa lalu. Ketika pelantun lagu 'Kekasih Awal dan Akhir' ini membuat persembahan, peminat wanita dilihat mula menyerbu untuk mengambil gambar. "Tidak dinafikan situasi dipeluk oleh peminat wanita sudah biasa berlaku ketika saya membuat persembahan. Namun, dipeluk gadis-gadis muda dan anak dara, perkara ini sangat luar biasa. Saya tak pernah dipeluk gadis muda kerana selalunya makcik-makcik, kakak-kakak atau wanita yang sebaya dengan saya saja. Saya terkejut dengan perkara ini namun saya berfikiran positif dan beranggapan, muzik yang saya sampaikan kini diterima baik oleh golongan muda," tutur Dato' Jamal kepada GUA. Pada majlis Minggu Setiausaha Antarabangsa di PWTC itu, Dato' Jamal menyampaikan kira-kira 16 buah lagu antaranya 'Gadis Melayu', 'Aku Penghibur', 'Perjalananku', 'Kekasih Awal dan Akhir', 'Seri Langkat' serta 'Sandarkan Pada Kenangan'. Menariknya, Dato' Jamal turut menampilkan anak sulungnya, Osama Yamani di mana kedua anak-beranak ini menyanyikan lagu, 'Azura' dan 'Derita Cinta'. |
You are subscribed to email updates from Jamal Abdillah - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan