Fauzi Nawawi - Google Blog Search |
<b>Fauzi Nawawi</b> Tempelak Sharnaaz Ahmad - Gua.com.my Posted: 24 Apr 2014 10:46 AM PDT Sebelum ini, tercetusnya kontroversi antara pasangan suami isteri, Fauzi Nawawi dan Lisdawati bersama dengan aktor filem 'Juvana', Sharnaaz Ahmad. Namun begitu, cerita ini senyap seketika kerana Fauzi dan Lisda berangkat untuk menunaikan ibadah Umrah di Tanah Suci Mekah. Beberapa hari lalu, GUA berkesempatan untuk menemuramah Sharnaaz dan bertanyakan padanya mengenai perkembangan kontroversi ini. Namun begitu, Sharnaaz enggan mengulas lanjut dan mengatakan bahawa dia mahu menunggu sehingga Lisda selesai melahirkan anaknya. GUA bertemu dengan Fauzi di Tayangan Filem Sang Pemberani di Cathay Cineleisure, Damansara pada Khamis dan mendapatkan maklumbalas Fauzi mengenai kenyataan yang diberikan oleh Sharnaaz. "Tidak ada logiknya mahu menunggu selepas isteri saya bersalin, kerana sama ada dia bersalin atau pun tidak, dia berada dalam keadaan sihat walafiat. Isteri saya hari ini pun terbang ke Sarawak. Masa Lisda menunaikan Umrah pun, dia sihat. Kesihatan bukan alasan, jika dia mahu berbincang secara baik, bukan untuk bergaduh, perkara tersebut tidak akan mempengaruhi kesihatan isteri saya," ujar pelakon drama 'Matahari' ini. "Selepas saya pulang dari Umrah, saya tonton semula kenyataan yang dia berikan menerusi YouTube. Saya kecewa dengan dia kerana sepanjang penglibatan saya dalam industri hiburan, belum pernah lagi ada pelakon herdik atau tengking seorang perempuan mengandung. Saya hanya bertindak untuk melindungi isteri saya," jelas Fauzi lagi. Dalam pada itu, Fauzi sekali lagi menegaskan yang dia melakukan laporan polis adalah bukan untuk meraih publisiti dan bukan disebabkan oleh Sharnaaz. "Sudah banyak kali saya jelaskan, tujuan saya lakukan laporan polis adalah bukan untuk meraih publisiti. Tujuan saya lakukan perkara tersebut adalah untuk membawa isteri saya, pergi hospital, di bahagian kecemasan, untuk memeriksa kandungan isteri saya. Dia membawa satu nyawa dalam kandungannya. Itulah saya tunggu selama bertahun-tahun, kerana saya dapat tahu isteri saya mengandungkan anak lelaki. Itu sudah tanggungjawab saya untuk lindungi isteri dan anak saya," jelasnya lagi. "Saya buat laporan polis bukan sebab Sharnaaz. Tidak kiralah siapa pun yang buat, saya tetap akan buat laporan. Tapi, kenapa Sharnaaz? Apabila perkara ini terjadi artis sesama artis, saya kalau boleh tak mahu panjangkan cerita. Industri kita tidak besar mana. Sepatutnya kenyataan yang dibuat di media, saya yang lebih melenting, tapi saya hanya bertindak tenang, malah dia yang menunjukkan kemarahan dirinya," ujar Fauzi mengakhiri perbualan. |
You are subscribed to email updates from Fauzi Nawawi - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan