Alyah - Google Blog Search |
<b>Alyah</b> Bakal Jelaskan Status Dengan Ramli MS Hujung Tahun Ini | Posted: 28 Apr 2014 02:26 AM PDT Sehingga ke hari ini, status hubungan antara Alyah dan Ramli MS masih menjadi persoalan ramai. Ada desas-desus menyatakan mereka sudah berkahwin, ada pula menyatakan sebaliknya. Sehingga ke hari ini, tiada sebarang jawapan konkrit sama ada dari Alyah atau pun dari Ramli MS sendiri. Senang cerita, kita masih diselubungi misteri. Berkata kepada BiPop semalam, Alyah ternyata lebih selesa untuk tidak mengiyakan atau menafikan sebarang spekulasinya dengan komposer muzik itu. Menurut Alyah, segala persoalan ini akan dirungkaikan olehnya hujung tahun ini. Kata Alyah:-
Macam ada sesuatu yang cuba disampaikan oleh Alyah dalam kata-katanya di atas. Tak apalah Alyah. Pasti Alyah ada sebab tersendiri yang amat kukuh untuk tidak menjelaskan status dirinya. Yang penting, asalkan Alyah bahagia di samping orang tersayang sudahlah. Cuma satu hari nanti, apabila sudah bersedia, bolehlah buat kenyataan sidang media untuk memperjelaskan segalanya. Semoga hari itu akan tiba secepat mungkin. Insya Allah. P.S: Fotografi makro embun yang sangat jelas Baca Yang Ini Pulak:- |
Apa Status Sebenar Hubungan <b>Alyah</b> Dan Ramli MS? | MummyNemo Posted: 30 Apr 2014 04:32 AM PDT Khabar angin mengenai status hubungan mereka mula diperkatakan sejak empat tahun yang lalu tetapi penyanyi Alyah mahupun konduktor dan penerbit muzik terkenal, Ramli MS mengambil pendekatan tidak memberi sebarang penjelasan mengenai perkara tersebut. Walaubagaimanapun Alyah memberitahu, dia akan membuat pengumuman selepas Aidilfitri akan datang. "InsyaAllah, jika waktunya sampai nanti, saya akan umumkan. "Saya tak boleh cakap apa-apa, sama ada ya atau tidak sebelum ini sebab ia (hubungan) membabitkan banyak pihak. "Apabila semua sudah sedia nanti, saya pasti akan umumkan. Doa-doakanlah," ujarnya seperti dipetik daripada laporan Harian Metro. Pemilik nama sebenar Noor Hasliah Abu Hassan ini berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelantikannya sebagai duta Aalia Tudung dan Selendang, Euromoda Gulati's di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Sebelum ini Alyah dan Ramli dikhabarkan sudah bernikah pada tahun lalu di negara jiran. Penyanyi berusia 33 tahun ini berkata, dia tidak berniat untuk menyembunyikan atau menepis spekulasi hubungan mereka tetapi mempunyai sebab berbuat demikian. "Bukan saya bermaksud nak menyembunyi atau menepis benda yang baik, tetapi saya di tempat wanita. Tak manis untuk terus bercakap selagi tiada pengesahan," katanya. Dalam perkembangan lain, Alyah baru sahaja muncul dengan lagu terbaru berjudul "Sesal Separuh Nyawa". Incoming search terms: |
You are subscribed to email updates from Alyah - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan