Nuffnang

Rabu, 30 April 2014

Pierre Andre - Google Blog Search

Pierre Andre - Google Blog Search


Kandungan Isteri <b>Pierre Andre</b> Terpaksa Digugurkan | Oh! Media

Posted: 14 Jan 2014 08:26 PM PST

ohartis-pierre-andre-isteri

Hasrat pelakon dan pengarah Pierre Andre untuk menimang cahayamata pada tahun ini nampaknya tidak kesampaian kerana dimaklumkan kandungan isterinya terpaksa digugurkan kerana mempunyai masalah pada janin.

BACA: (Tahniah) Isteri Pierre Andre Hamil 8 Minggu

Biarpun sedih dengan perkara tersebut, namun Pierre tetap bersyukur kerana isterinya tidak mengalami sebarang komplikasi.

"Doktor terpaksa menggugurkan kandungan isteri saya yang berusia 13 minggu kerana terdapat masalah pada janin. Jujurnya kami memang sedih, tetapi pada usia yang masih muda ini, kami percaya dengan rezeki.

"Apa yang boleh saya katakan bahawa belum ada rezeki anak lagi buat saya dan isteri. Sebelum ini saya pernah memberitahu bahawa saya bakal bergelar seorang bapa, tetapi kuasa Allah S.W.T. tidak dapat siapa duga.

"Ceritanya apabila kami melakukan pemeriksaan pada masa yang ditetapkan iaitu 13 minggu usia kandungan dan doktor mendapati bahawa kandungan isteri terpaksa digugurkan kerana mempunyai masalah dan ini boleh mengancam keselamatan isteri saya.

"Kami sekeluarga agak sedih tetapi apa yang boleh saya buat ialah berdoa dan mungkin ini bukan rezeki kami lagi. Saya dan isteri akan terus berusaha lagi pada masa akan datang," katanya.

BACA: (Gambar) Majlis Pernikahan Pierre Andre Dan Nur Hidayah

Pierre Andre atau nama sebenarnya Mohd Pierre Andre Nazarul Andre telah mendirikan rumahtangga dengan Siti Nur Hidayah Hashim atau lebih dikenali sebagai Yaya pada 21 Jun tahun lalu.

OHMEDIA: SEMOGA PIERRE DAN ISTERI TABAH. ISNYAALLAH PASTI ADA REZEKI YANG LEBIH BAIK UNTUK KALIAN.

Tiada ulasan:

Catat Komen