Nuffnang

Selasa, 8 April 2014

Adira af - Google Blog Search

Adira af - Google Blog Search


<b>Adira AF</b>: Instagram Saya Jadi Sarang Peminat Bergaduh | ROTIKAYA

Posted: 03 Apr 2014 04:59 PM PDT

Isu mengenai artis dan laman sosial Instagram bagaikan tidak surut dan ini termasuklah penyanyi Adira AF yang terpaksa menjelaskan mengapa dia membuang segala gambarnya bersama kekasihnya, Shahrol diakaunnya dan kerana itu ramai yang beranggapan bahawa hubungan mereka telah berakhir.

"Saya delete gambar, tak semestinya hubungan saya berakhir atau erti kata lain saya dah putus tetapi ini saya buat adalah untuk mengelakkan timbulnya pelbagai spekulasi yang lain kerana gambar-gambar yang ada dalam Instagram saya peminat jadikan tempat tersebut sebagai satu tempat untuk mereka bergaduh mengenai gambar saya. Daripada saya blocked mereka lebih baik untuk saya delete semua gambar yang boleh mereka jadikan ini semua sebagai tempat untuk bercakaran sesama mereka"

"Ada peminat yang feeling sebagai ustazah dalam Instagram saya dan kerana komennya di situ mempengaruhi peminat saya yang lain untuk mengutuk mengenai gambar yang telah saya kongsi. Sebelum itu saya sudah berbincang bersama Shahrol untuk delete gambar kami bersama dan dia tahu dan faham dengan keputusan saya," ujarnya ketika ditemui semasa Konsert Stanza Cinta di Istana Budaya semalam.

Pada malam konsert itu juga, Shahrol kekasihnya datang membuat kejutan untuk menyaksikan persembahannya dan Adira sendiri tidak menyedari kehadirannya dan beranggapan itu adalah perkara biasa dan sedikit sebanyak memberikannya semangat untuk terus beraksi dengan baik sehingga Sabtu ini.

"Saya tak tahu pula dia nak datang tetapi sedikit sebanyak memberikan saya semangat untuk beraksi dengan lebih baik," katanya sambil tersenyum.

Adira juga turut memberitahu bahawa dia mempunyai perancangan untuk berkahwin tetapi bukanlah dalam masa yang terdekat ini dan mempunyai sasaran sebelum 30 tahun untuk mengakhiri zaman bujang. Selain itu, dia turut menjelaskan perkaitan antara kekasihnya Shahrol, yang dikatakan pernah mempunyai hubungan istimewa bersama dengan aktres, Lana Nordin.

"Saya mempunyai perancangan untuk ke arah itu, tetapi tidak tahu bila masa yang sesuai dan secara automatiknya akan saya berkahwin sebelum memasuki umur yang ke-30 tahun"

"Mula-mula pelik juga apabila orang bercakap mengenai hubungan Shahrol dan Lana, ada juga saya bertanya mengapa benda ini boleh terjadi & sebenarnya tidak ada apa yang perlu diperkatakan lagi dan kami sama-sama saling mempercayai," katanya. (rtky/hfz)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan