Nuffnang

Selasa, 8 April 2014

Diana Danielle - Google Blog Search

Diana Danielle - Google Blog Search


BERITA ARTIS - <b>Diana Danielle</b> Fobia Naiki Pesawat - Gua.com.my

Posted: 26 Mar 2014 11:25 AM PDT

Turut terkesan dengan tragedi yang menimpa pesawat MH370, Diana Danielle berkongsi yang dia pernah mengalami pengalaman pahit ketika dalam perjalanan ke United States beberapa tahun lalu. Walaupun hanya untuk 5 saat namun kerosakan di bahagian enjin pesawat tersebut meninggalkan kesan fobia yang mendalam pada Diana.

"Saya memang sudah lama takut untuk menaiki kapal terbang terutama sekali ketika hendak terbang dan ketika mendarat. Namun saya menjadi semakin fobia apabila pernah mengalami pengalaman pahit ketika hendak ke US,

Secara tiba-tiba kapal terbang tersebut seperti terhenti dan menjunam. Para penumpang hanya dimaklumkan mengenai hal tersebut ketika mendarat dan diarah untuk menukar kepada kapal terbang lain," ujar Diana ketika ditemui di majlis pelancaran saluran Dunia Sinema di Menara TM, di sini pada Rabu.

Diana dalam masa yang mengucapkan takziah kepada keluarga dan mangsa pesawat MH370. Walaupun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan berita yang pesawat tersebut terhenti di lautan Hindi, namun Diana tetap mendoakan yang terbaik kerana semuanya adalah kuasa Tuhan.

"Saya tidak berpuas hati dengan media-media barat yang ingin menjatuhkan Malaysia. Banyak media barat yang bersifat sedemikian dan memandang serong terhadap negara-negara Islam. Seperti kata Tun Mahathir, perkara ini belum pernah terjadi kepada mana-mana negara jadi kenapa ingin menuding jari kepada Malaysia," ujar Diana.

Selain itu, Diana turut berkongsi yang dia semakin gembira dengan statusnya sebagai seorang ibu. Malah dia juga turut mengurangkan kerjaya seninya bagi memberikan fokus kepada anaknya, Muhammad yang masih menyusu badan.

Tidak boleh berenggang lama dengan anaknya, Diana akan membawa anaknya ke lokasi penggambaran jika kerja tersebut melebihi 6 jam. Bagi Diana, pengorbanan ini merupakan perkara biasa yang dilakukan oleh seorang ibu.

Diana bakal menjalani penggambaran untuk sebuah filem yang berkisar sejarah Sarawak. Dia bakal memegang peranan sebagai seorang gadis Iban dimana memerlukan Diana untuk belajar bahasa dan budaya Iban.

"Saya belum boleh mendedahkan nama filem tersebut teatapi saya bakal menjalani penggambaran pada bulan Mei ini. Saya memegang peranan sebagai gadis Iban dan saya bernasib baik kerana jiran saya merupakan orang Iban yang mana dia banyak mengajar saya mendalami budaya serta bahasa tersebut," kata Diana.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan