Nuffnang

Selasa, 8 April 2014

Nora Danish - Google Blog Search

Nora Danish - Google Blog Search


<b>Nora Danish</b> Nafi Sambut Hari Jadi Di Kelab Malam Haram |

Posted: 13 Mar 2014 01:08 AM PDT


Memang masuk akal penjelasan yang diberikan oleh Nora Danish mengenai sambutan hari jadinya yang didakwa dilakukan di sebuah kelab malam haram baru-baru ini. Tiada apa yang perlu diselindung oleh artis jelita ini kerana kebanyakan gambar ketika sambutan itu dikongsi olehnya menerusi akaun Instagram. Kalau buat di kelab malam, mestilah sedikit sebanyak nak rahsiakan sambutan tersebut untuk menjaga imej baik kan?

nora danish sambut hari jadi

Menurut Nora Danish, sambutan hari jadinya yang ke 32 itu dilakukan di sebuah restoran di Damansara. Kata Nora menerusi Kosmo:-

Saya tidak pernah berselindung malah, apa jua aktiviti termasuk sambutan hari jadi saya yang ke-32 pada 7 Mac lalu juga, saya ada muat naik di laman sosial Instagram saya.

Gambar-gambar yang dimuat naik itu jelas menunjukkan saya menyambut hari jadi di sebuah restoran sebab ada meja makan dan setiap meja makan juga tertera kad nama para jemputan.

Justeru itu, sekali lagi ingin saya tegaskan, ia bukan diraikan di kelab malam seperti yang disebarkan di laman-lama sosial

nora danish

Ini bermakna ada selebriti lain yang sebenarnya telah menyewa bilik berharga RM5,000 di kelab malam haram tersebut. Biarlah ia menjadi misteri. Yang penting, Nora Danish bukanlah selebriti itu. Diharap dengan penjelasan ini, semua pihak berpuas hati dan tidak memandang serong lagi kepada Nora Danish.

P.S: Tun Mahathir bidas negara luar mengenai isu MH370

Baca Yang Ini Pulak:-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan