Nuffnang

Khamis, 24 April 2014

Gambit Saifullah - Google Blog Search

Gambit Saifullah - Google Blog Search


“Saya Bukan Sombong Tetapi Pemalu” – <b>Gambit</b> – Perak Today

Posted: 21 Apr 2014 05:43 AM PDT

gambit

KUALA LUMPUR: Pelakon dan penerbit Gambit Saifullah menjelaskan tuduhan dia bersikap sombong dan sukar didekati yang dilemparkan kepadanya langsung tidak mencerminkan siapa dirinya yang sebenar.

Gambit atau nama sebenarnya Gambit Saifullah Rosli, 29, berkata, tuduhan tersebut adalah tidak adil buatnya kerana dia bukanlah seorang individu seperti itu.

"Label yang diberikan itu saya sudah dengar lama dulu tetapi ramai orang tidak tahu bahawa saya sebenarnya seorang pemalu apabila berhadapan dengan orang yang saya baru jumpa.

"Hanya kerana sifat itu saya terus dilabel sombong dan sukar didekati tetapi saya tidak kisah kerana bagi yang mengenali saya secara peribadi mereka tahu siapa saya sebenarnya," katanya.

Dalam pada itu, Gambit memberitahu dia terpaksa menjalani pembedahan dalam masa terdekat selepas mengalami 'meniscal tear' atau koyakkan tisu pada bahagian lutut kaki kanannya akibat terlalu aktif bermain sukan bola sepak.

Gambit berkata, kecederaan itu telah dialaminya sejak beberapa bulan lalu namun ia semakin serius sejak akhir-akhir ini.

"Kecederaan pada lutut ini sebenarnya sudah lama akibat terlalu aktif bermain sukan bola sepak sebelum ini namun semenjak akhir-akhir ini ia bertambah teruk dan doktor menasihati saya untuk menjalani pembedahan itu dalam kadar segera.

"Jika saya tidak buat pembedahan itu, kecederaan akan bertambah teruk dan ia memberi masalah lain kepada kaki saya," jelasnya.

Tambah Gambit, selepas pembedahan dia memerlukan masa sehingga tiga minggu sebelum pulih sepenuhnya selain diminta oleh doktor untuk tidak terlalu aktif dalam bidang sukan.

Sementara itu, Gambit berkata, dia kini sibuk menguruskan syarikat produksinya iaitu Eightball Production Sdn Bhd yang semakin berkembang dalam menerbitkan program televisyen seperti program berbentuk majalah, telefilem dan video korporat.

Jelas Gambit, dia kelihatan sepi daripada bidang lakonan bukan kerana tidak mempunyai tawaran sebaliknya sibuk menguruskan syarikatnya itu.

"Tawaran berlakon masih ada, Alhamdulillah… cuma saya perlu bijak mengimbangi jadual kerana sibuk dengan pelbagai kerja belakang tabir namun saya tidak pernah melupakan bidang itu," katanya.

-MSTAR

Tiada ulasan:

Catat Ulasan