Nuffnang

Khamis, 24 April 2014

Izreen Azminda - Google Blog Search

Izreen Azminda - Google Blog Search


<b>Izreen Azminda</b> Enggan Seksi Lagi - Cerita Semasa

Posted: 23 Feb 2014 06:35 AM PST

Izreen Azminda Enggan Seksi Lagi
Sejak melahirkan zuriat sulung, Muhammad Adrian Umar pada 13 Julai 2013, banyak perubahan berlaku dalam hidup
Izreen Azminda. Paling ketara, penampilannya kini kian sopan. Tiada lagi gaun pendek paras lutut mahupun tampil berani dengan baju tanpa lengan.

Seboleh mungkin anak jati Kangar, Perlis ini akan memastikan pakaian yang disarung tidak mendedahkan kaki dan dada. Sewaktu ditemui di lokasi penggambaran telefilem Di Atas Kertas arahan Raja Ahmad Alauddin di Shah Alam baru-baru ini, Izreen mengakui selesa dengan imej barunya itu.

"Sebagai isteri dan ibu, jadi tanggungjawab saya jaga nama baik keluarga. Setiap perkara perlu ada batas lebih-lebih lagi membabitkan penampilan. Tidak dinafikan dulu saya agak seksi tetapi itu cerita lama. Teguran suami yang tidak suka lihat saya pakai skirt pendek menyedarkan saya.
Saya hormat permintaannya supaya saya memakai pakaian yang menutup kaki dan dada. Bila buat rasa selesa, lebih tenang dan selamat. Saya sanggup tolak tawaran yang menuntut saya tampil seksi meskipun bayarannya tinggi dan watak utama. Bagi saya, maruah diri dan keluarga lebih penting," katanya.

Mutakhir ini, kebanyakan tawaran kontra dengan watak yang pernah dilakonkan sebelum ini maka dia berjaya pertahankan prinsip itu. Kalau pun karakter jahat tak semestinya perlu tampil seksi kerana perlakuan gelap itu boleh disampaikan dengan pelbagai cara.

"Sebelum ini watak jahat sering dikaitkan dengan penampilan seksi walhal tak semestinya begitu. Ada banyak cara untuk menampakkan kita jahat antaranya, mimik muka dan bahasa tubuh," katanya.

Pelakon utama drama rantaian 7 Suami ini turut berkongsi rasa bersyukur kerana masih dapat bertahan hingga ke hari ini. Selepas lapan tahun mencari tapak mencipta nama, sudah sampai masanya untuk dikenali sebagai pelakon versatil yang mana tidak lagi terikat dengan watak gelap semata-mata. Ia bersesuaian dengan statusnya yang sudah berumah tangga. Watak yang dipilih akan dipastikan tidak menyinggung perasaan suami dan keluarga mentua.

"Sejak menang Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama di Anugerah Skrin 2013, ramai mula buka mata dengan tawarkan saya pelbagai watak. Saya tidak lagi terikat dengan watak gelap sebaliknya ada banyak pilihan depan mata. 2014 permulaan baik untuk saya dikenali sebagai pelakon versatil.
Pun begitu, sesekali rindu juga bawa watak jahat apatah lagi nama saya naik dengan karakter sebegitu," katanya.

Kata Izreen Azminda, seakan jadi trend ramai pelakon mengejar watak jahat. Mereka sedar karakter sebegini lebih menyerlah dan boleh dipelbagaikan. Namun, bukan semua boleh bawa dengan baik.
"Antara yang bagus pada mata saya ialah Nabila Huda dan Sofi Jikan. Mereka inspirasi saya. Dalam drama terbaru ini, saya pegang watak isteri yang taat. Meskipun kecewa dimadukan, kasih sayang terhadap suami tidak pernah berubah apatah lagi dia sedar perubahan sikap suaminya itu dipengaruhi ilmu hitam.

"Watak ini menuntut saya banyak bermain dengan emosi. Sebagai ibu kepada dua cahaya mata, saya kena tabah biarpun dimadukan tanpa rela. Selesa berlakon di samping Nabila Huda dan Keith Foo kerana mereka sangat profesional. Lagipun tidak sukar menjiwai watak ini kerana bukan pertama kali saya tampil dengan watak sedih. Selain dikenali dengan watak hitam, saya juga sudah biasa bawa watak air mata," katanya yang mendambakan watak tanpa dialog pada masa akan datang.

Dalam drama bersiri 7 Suami yang disiarkan setiap Selasa dan Rabu melalui slot Ratu di TV9 sejak 29 Januari lalu, Izreen memegang watak utama sebagai Safiyah yang mempunyai tujuh suami apabila perkahwinannya sentiasa gagal dan tidak kekal.

Safiyah yang dibesarkan neneknya, dipaksa berkahwin dengan Haji Dollah kerana neneknya mahu dirinya keluar dari kampung dan hidup bahagia. Walaupun Safiyah jatuh cinta dengan seseorang, dia tiada pilihan lain. Selepas berkahwin, pelbagai dugaan dan rintangan yang perlu ditempuhi sehingga dia diceraikan dan berkahwin dengan 6 lelaki berbeza. Semuanya mempunyai sifat-sifat tersendiri.

Dapatkah Safiyah bertemu cinta sejatinya dan bahagia semula? Drama arahan Heykal Hanifah ini turut dijayakan Aiman Hakim, Shakila Shoriri, Esma Daniel, Azhan Abdul Rani, Esma Dainal, Azhar Sulaiman dan Idzham Ismail.-HMetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan