Nuffnang

Sabtu, 26 April 2014

Que Haidar - Google Blog Search

Que Haidar - Google Blog Search


<b>Que Haidar</b> sakit? botakkan kepala? - Gossip Artis Malaysia

Posted: 23 Apr 2014 11:00 PM PDT

Pada: Khamis, 24 April 2014 Difahamkan Que Haidar kini tampil dengan imej botak. Katanya bukan untuk bernazar atau suka-suka, sebaliknya kesanggupannya untuk sebuah telemovie Malaikat Di Pintu Babusalam.

Watak berkenaan adalah seorang pesakit kanser.

"Saya begitu cerewet dalam memilih naskhah yang diberikan kepada saya. Setiap kali menerima tawaran berlakon daripada mana-mana syarikat produksi, saya pastikan bahawa saya tahu tentang kekuatan jalan ceritanya, skrip, watak, pengarah serta para pelakon yang akan bekerja dengan saya.

"Saya berbuat demikian bukan semata-mata kerana mahu dikenali menerusi filem atau drama yang hebat tetapi proses memilih itu mampu membuatkan para penonton mengingati karakter lakonan saya sampai bila-bila. Impak tersebut yang saya mahukan dalam karier saya,

"Apabila sudah bergelar sebagai pelakon, kita tidak seharusnya meletakkan status itu sebagai penghalang untuk terus merealisasikan watak yang telah diberikan.

"Watak itu menuntut saya untuk membotakkan kepala, mengapa saya perlu menidakkan permintaan itu? Jika saya telah bersetuju untuk berlakon dalam sesebuah telemovie atau filem, maka saya juga telah bersetuju untuk mengikut jalan cerita serta watak yang telah tertulis dalam perjalanan cerita tersebut," -Que Haidar. Kosmo!

banner

Tag : , , , , ,

Komen yang betul-betul negative/promosi dan seumpamanya akan dibanned terus untuk berkomen di sini. terima kasih

Tiada ulasan:

Catat Ulasan