Nuffnang

Sabtu, 26 April 2014

Syamsul Yusof - Google Blog Search

Syamsul Yusof - Google Blog Search


<b>Syamsul Yusof</b>: Perkahwinan Lengkapkan Hidup Saya | ROTIKAYA

Posted: 21 Apr 2014 12:10 AM PDT

Hujung minggu lalu, telah berlangsung satu majlis persandingan atau resepsi perkahwinan berkembar untuk pasangan Syamsul Yusof & Puteri Sarah Liyana dan juga Syafiq Yusof & Aiesha Zainal yang telah bernikah beberapa minggu yang lalu.

Resepsi yang digambarkan sebagai sederhana tetapi meriah itu telah mengambil tempat di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur dan ianya turut dihadiri oleh rakan artis, kaum keluarga dan para media yang ingin meraikan kedua dua pasangan pengantin baru ini.

Penuh syahdu dan islamik, konsep majlis ini bertepatan dengan penghijrahan Syamsul dan Puteri Sarah yang kini memilih untuk lebih mendalami agama di samping sesuai dengan status bapa mertua Syafiq Yusof yang bergelar ustaz.

Dalam kenyataan kepada Sinar Harian, Syamsul Yusof berkata yang beliau telah banyak berubah selepas bergelar suami dek kerana mempunyai tanggungjawab yang besar kini selain terasa hidupnya lebih lengkap dengan ikatan yang sah ini.

"Lepas kahwin saya jadi lebih bertanggungjawab. Bukan sahaja dalam kerja tapi dalam perkara wajib macam solat. Sebab saya tahu sekarang saya bukan sahaja kena didik diri sendiri tapi kena didik isteri juga"

"Sebelum kahwin saya rasa ada sesuatu yang kurang dalam hidup saya, tapi perkahwinanlah yang melengkapkan hidup saya. Tanggungjawab lebih besar tapi saya rasa lebih baik begitu," kata Syamsul Yusof yang ditemui media.

Berikut beberapa keping gambar sekitar majlis persandingan kedua dua pasangan mempelai ini yang kami perolehi sekitar internet untuk tatapan anda semua. Doakan mereka berbahagia sehingga ke pintu syurga. Enjoice! (rtky/m)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan