Along Cham - Google Blog Search |
<b>Along Cham</b> Kelam Kabut, Zila (AF4) Mengidam Rojak buah 1 Pagi <b>...</b> Posted: 29 Apr 2011 12:03 AM PDT PETALING JAYA: Pelakon komedi Along Cham atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad, 28, tidak dapat melupakan peristiwa pelik apabila isterinya, penyanyi Zila (AF4) yang mengandung dua bulan tiba-tiba mengidam rojak buah pada pukul 1 pagi. Kata Along, permintaan Zila itu membuatkan dia menjadi kelam kabut demi menunaikan hasrat isterinya itu yang mengandung anak pertama hasil perkahwinan mereka. "Sejak dua bulan hamil, saya tidak berdepan sebarang masalah besar dengan Zila. Cuma ada satu insiden yang saya tidak boleh lupa tentang permintaannya baru-baru ini. "Ketika kami sedang berehat di rumah, secara tiba-tiba dia mengidam hendak makan rojak buah pada pukul 1 pagi. "Apa lagi, kelam-kabut saya dibuatnya untuk mencari rojak di waktu itu. Saya terpaksa tanya pada kawan-kawan di merata tempat. Mujurlah, saya dapat juga rojak itu di kawasan Setapak, (Kuala Lumpur)" katanya. Mengulas tentang keadaan isterinya sejak disahkan hamil, Along berkata: "Zila berada dalam keadaan yang baik. Cuma, apa yang saya nampak selera makannya bertambah. Saya cukup menitikberatkan aspek pemakanannya. "Selain itu, dia juga semakin manja sejak mengandung. Apabila saya keluar bekerja, dia akan berhubung dengan saya sekerap mungkin, tapi saya senang dengan keadaan itu." Sempat bercerita tentang perkembangan kerjayanya, Along mengakui rezekinya semakin murah selepas berkahwin. Selain sibuk dengan penggambaran drama, filem dan program televisyen, hujung minggunya juga dipenuhi pelbagai pertunjukan pentas dan majlis makan malam. "Sebelum ini, ada orang cakap, nama dan rezeki artis akan merudum selepas berkahwin tetapi lain pula ceritanya dengan kes saya. "Alhamdulillah, rezeki saya semakin murah dan kerjaya kian berkembang sejak berumah tangga. "Selain memenuhi persembahan pentas pada hujung minggu, saya juga sedang bersiap sedia untuk memulakan penggambaran filem Adnan Semp-it 2 pada awal Mei nanti," katanya. Pasangan tersebut diijabkabulkan di Masjid Jamek Al-Amin, Felda Lui Selatan 1, Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan pada 23 Januari 2010. |
You are subscribed to email updates from Along Cham - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan