Elly Mazlein - Google Blog Search |
Al-Fatihah, Ibu <b>Elly Mazlein</b> Meninggal Dunia | OhDunia Dot My Posted: 11 May 2014 04:59 AM PDT Disaat anak-anak meraikan Hari Ibu yang jatuh pada 11 Mei, pelakon dan penyanyi Elly Mazlein mendapat perkhabaran buruk apabila ibu kesayangannya, Sabariah Ahmad, 56, meninggal dunia kira-kira pukul 2 pagi Ahad akibat sesak nafas. Menurut tunangnya, Azmi Hatta ketika dihubungi mStar Online, Allahyarham meninggal dunia di kediamannya di Nusa Putra, Puchong Perdana dekat sini."Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya dengan tenang di rumahnya awal pagi tadi dan jenazahnya telah selamat dikebumikan pada pukul 9 pagi tadi," katanya ringkas. Ibu pelakon itu dilaporkan turut menghidapi penyakit kencing manis dan darah tinggi namun keadaannya tidak kronik. Dalam pada itu, Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina dilaporkan amat terkejut dengan berita kematian ibunya itu dan tidak sempat bersama arwah disaat-saat akhir hayatnya kerana sedang menjalani penggambaran sebuah drama. Pihak mStar Online juga tidak berjaya mendapatkan kenyataan daripada eLLY kerana sedang berada dalam keadaan terkejut dan sedih atas pemergian ibu kesayangannya itu. Ucapan salam takziah kepada Elly dan keluarga atas pemergian ibunda tercinta. Al Fatihah.- mStar :: IKLAN TEKS RM20/- JE SEBULAN :: Written by: Admin on Sunday, May 11, 2014 Perhatian: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap komentar blog yang diutarakan melalui laman sosial facebook. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian admin. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. |
You are subscribed to email updates from Elly Mazlein - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan