Nuffnang

Jumaat, 16 Mei 2014

Gambit Saifullah - Google Blog Search

Gambit Saifullah - Google Blog Search


<b>Gambit Saifullah</b> Makin Di Benci Kerana Fear Factor Malaysia <b>...</b>

Posted: 24 Feb 2013 05:47 PM PST

Gambit Saifullah Makin Di Benci Kerana Fear Factor Malaysia – Kebiasaannya seseorang pelakon itu di benci kerana berjaya membawa watak jahat dalam drama ataupun filem lakonan mereka tetapi berlainan pula bagi pelakon Gambit Saifullah yang dibenci peminat gara-gara watak antagonis yang di bawanya dalam program realiti.

 Gambit Saifullah Makin Di Benci Kerana Fear Factor Malaysia

Terbaru menurut laporan Kosmo!, dalam satu kaji selidik di sebuah laman internet mendapati 35 peratus daripada 587 pengundi mendakwa mereka benci menonton lakonan Gambit Saifullah. Semua rasa dan komen ini terhambat keluar selepas mereka menonton program realiti keluaran Astro, Fear Factor Selebriti Malaysia yang sedang rancak ke udara kini.

Gambit yang bergandingan dengan Alif Hadi menjadi pasukan yang paling mahu disingkirkan oleh pesaing yang masih tinggal. Bersikap kompetitif dan menjalankan strategi provokasi jelas membuatkan pasangan ini mendapat perhatian positif paling sikit daripada khalayak.

Lebih-lebih lagi Gambit yang dilihat sebagai antagonis dalam Fear Factor ini. Memburukkan keadaan apabila pergaduhan antara Gambit dan Farish turut membuah kebencian dalam hati penonton.

"Saya tertanya kenapa audiens tidak boleh faham dengan permainan program ini. Mereka terlalu sensitif dan tidak terbuka. Mereka perlu faham istilah game show," kesalnya yang merasakan bahawa penonton perlu memandang daripada sudut produksi dan permainan program.

Gambit akui walaupun dirinya nampak jahat di mata khalayak. Namun beliau mengakui bahawa tidak bermasalah dengan mana-mana peserta program tersebut malah persahabatan dengan Farish masih baik.

Pada awalnya, dia mengaku enggan terlibat dalam program realiti ini malah tidak terfikir untuk menjadi antagonis dalam permainan Fear Factor.

"Saya tidak terfikir untuk jadi jahat. Saya tahu permainan game show ini kerana saya juga merupakan seorang produser dan ada produksi sendiri. Sesebuah game show memang mempunyai elemen psikologi. Itu strategi dalam permainan," katanya yang mendapat banyak luahan tidak puas hati dan kebencian di laman sosial, Twitter.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan