Nuffnang

Jumaat, 16 Mei 2014

Diana Danielle - Google Blog Search

Diana Danielle - Google Blog Search


penjelasan <b>diana danielle</b> isu kontroversi gambar - ammboi dot com

Posted: 30 Apr 2014 03:57 AM PDT

Tiga hari lalu pelakon Diana Danielle ada memuat naik sekeping gambar dia dan suaminya Farid Kamil di laman peribadi Instagram miliknya. Bagaimanapun gambar tersebut telah mendapat perhatian ramai dan seterusnya menjadi perbualan hangat di kalangan pelayar laman sosial.

Tambahan lagi, gambar tersebut mempamerkan rambut Diana yang basah sedang berlaga pipi dengan Farid Kamil menyebabkan peminat kurang senang. Gambar tersebut disertakan dengan kapsyen yang berbunyi: "Tadi bermanja dgn dakcik.. Sekarang saya kacau daksar pula".

gambar mesra diana danielle dan farid kamil

Antara yang dibahaskan para peminat Diana ialah, mereka menyifatkan menyifatkan tindakan itu tidak sepatutnya dilakukan. Ada juga yang berkata, kemesraan antara suami dan isteri tidak perlu dipamerkan pada khalayak lebih-lebih lagi mereka bergelar selebriti.

Bagaimana pun, Diana telah tampil memberikan penjelasan kepada seorang pengguna instagram yang menggunakan nama 'Liza' tentang gambarnya itu.

"Dear liza, i was sitting next to my husband while he was chilling on the sofa and i took a picture. Nothing wrong with that. Kids under 12 should be supervised while on the net anyway since there are many things they shouldnt be exposed to but this is not one of them"

p/s: Ini yang dah selalu pesan berkali-kali. Nak berkongsi gambar pun berpada-padalah. Bila peminat kritik dan kutuk mula rasa tidak senang. Biarpun gambar itu baik pada pandangan kita, tetapi belum tentu pada pandangan orang lain. Insya Allah, ambillah pengajaran dari apa yang berlaku ini…


Tiada ulasan:

Catat Ulasan