Nuffnang

Rabu, 14 Mei 2014

Arja Lee - Google Blog Search

Arja Lee - Google Blog Search


Luahan Hati <b>Arja Lee</b> Tentang Isu Putus Tunang Indah Ruhaila <b>...</b>

Posted: 12 May 2014 09:00 PM PDT

Adakah anda ingin mengikuti jejak langkah Adira untuk dapatkan kulit CANTIK & PUTIH? Dapatkan disini
"Peluang Bekerja Di AUSTRALIA Gaji Lumayan"..KLIK SINI..

arjaBaru-baru ini, pelakon Arja Lee dikatakan menjadi punca kepada penyebaran gosip putus tunang bekas pelajar Akademi Fantasia (AF) 10, Indah Ruhaila dengan tunangnya.

Berkesempatan menemubual Arja sewaktu majlis sambutan Hari Ibu 'Cerita Kasih Ibu Bersama Arja Lee' di Legend Resort Cherating, Pahang memberi peluang buat pelakon drama 'Ariana Rose' ini menjelaskan hal sebenar.

Menurut Arja, dia terkejut apabila dikaitkan dengan Indah kerana hubungannya dengan gadis itu hanya atas dasar kerja.

"Setahu saya, dia masih bersama tunangnya. Saya terkejut apabila cerita itu timbul. Tapi selepas saya baca artikel mengenai perkara itu, saya anggap ia hanya sangkaan masyarakat sebab saya memang rapat dengan Indah sejak terlibat dalam Akademi Fantasia. Tapi hubungan saya dengan dia tak lebih atas dasar kerja kerana kami saling berkongsi tawaran yang kami terima," jelas Arja.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
"Mencari Peluang Bisnes Dari Rumah Dengan Modal Kecil? Klik Sini"

Tambah lelaki itu lagi, dia mudah rapat dengan Indah kerana jarak usia mereka tidak jauh berbeza.

"Dalam AF10, Indah merupakan peserta wanita paling berusia dan jarak usia kami tidak jauh. Mungkin sebab itu saya mudah rapat dengannya dan kami mudah untuk berbincang tentang kerja," ujar Arja lagi.

Dalam masa yang sama, pelakon yang pernah mengundang kontroversi menerusi penampilannya dalam filem '…Dalam Botol' turut mengakui dia kini sedang mengenal hati budi pelakon '7 Petala Cinta', Shima Anuar.

"Saya baru nak menjalinkan hubungan dengan Shima. Fasa hubungan kami masih baru dan saya tak mahu terlalu terbuka bercakap tentang hubungan ini. Tapi antara saya dengan Indah memang tiada isu peribadi," katanya.

Menurut Arja lagi, dia enggan ambil pusing tentang perkara remeh dan berharap perkara ini tidak diperbesarkan.

"Saya faham sebagai selebriti, saya harus ambil tahu tentang apa yang diperkatakan masyarakat tentang saya. Tapi saya rasa saya tak perlu balas. Saya tak ada masa untuk perkara-perkara yang tak penting. Jika perkara itu benar-benar menjatuhkan maruah saya, baru saya akan bertindak," ujarnya berharap dia tidak dilanda kontroversi yang berat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan