Nuffnang

Isnin, 12 Mei 2014

Kilafairy - Google Blog Search

Kilafairy - Google Blog Search


<b>Kilafairy</b> Tak Rasa Bersalah Dikatakan Caras Tempat Hanez <b>...</b>

Posted: 21 Apr 2014 11:23 PM PDT


Kilafairy Tak Rasa Bersalah Dikatakan Caras Tempat Hanez


Kilafairy akui tidak timbul perasaan bersalah terhadap pelakon, Hanez Suraya kerana menerima tawaran untuk menggantikan watak utama Hanez dalam teater Projek Kahwin untuk enam pementasan terawal.

Kilafairy berkata, dia menerima tawaran untuk menggantikan tempat Hanez selepas diberitahu pelakon itu mahu menarik diri daripada pementasan yang akan berlangsung di Istana Budaya berkenaan.

"Saya bukan merampas atau caras tempat Hanez kerana saya dipilih untuk menggantikannya kerana dia sendiri mahu menarik diri dan bukan sebab dia dilucutkan. Ianya situasi berbeza.

"Malah, bagai bintang jatuh ke riba apabila saya ditawarkan untuk menjayakan pementasan sebesar ini. Saya boleh dikatakan ini rezeki saya paling besar dan serius tahun ini.

"Lagipun bukan senang pendatang baru seperti saya ini untuk berada di Istana Budaya. Oleh itu juga, saya tidak mengambil masa yang lama untuk bersetuju berlakon dalam teater ini," katanya kepada murai.com.my

Kilafairy bakal tampil dengan watak Nisa dalam pementasan teater tersebut mulai 6 Jun hingga 11 Jun 2014. Sementara pelakon Hanez Suraya yang memengang watak yang sama akan beraksi dalam empat pementasan terakhir iaitu pada 12 hingga 14 Jun 2014.

Bukan mudah untuk menggalas watak utama dalam 6 pementasan itu, namun Kilafairy sanggup menyahut cabaran demi menegembangkan serta mengasah bakat yang dia ada.

"Perkara pertama ketika menerima tawaran ini ialah bersedia terima kritikan dan akan diperbandingkan dengan lakonan Hanez Suraya.

"Tetapi saya anggap ia sebagai cabaran, kalau tak bagus, saya akan cuba lagi dan perbetulkan kesilapan pada masa akan datang," jelasnya.

Terdahulu, timbul desas-desus kononnya Hanez telah menarik diri daripada pementasan teater tersebut gara-gara kontroversi percintaannya dengan ahli perniagaan, Romie Razin Adilha yang masih bergelar suami itu dikecam.

Projek Kahwin yang akan dipentaskan bermula 6 hingga 14 Jun depan di Panggung Sari, Istana Budaya turut menampilkan barisan pelakon seperti Izzue Islam, Shah Iskandar, Imam Muda Asyraf, Sherry Alhadad dan Zulin Aziz.

Tuesday, April 22, 2014

Tiada ulasan:

Catat Ulasan