Nuffnang

Isnin, 12 Mei 2014

Sara Ali - Google Blog Search

Sara Ali - Google Blog Search


Tragedi Jalanraya Titik Perubahan <b>Sara Ali</b> - Gua.com.my

Posted: 08 May 2014 09:53 AM PDT

Dua tahun lalu, gadis genit ini 'jauh' sekali daripada perhatian media. Pabila berlaga bahu di majlis-majlis hiburan pun, jarang sekali untuk melihatnya melemparkan senyuman mesra, satu kelakuan yang membuatkannya dicop sebagai sombong.

Namun, saat dia melangkah masuk ke pejabat GUA untuk sesi fotografi, raut wajah jelita Sara Ali, pelakon yang dikenali usai kejayaan filem 'Aku Histeria' dan 'Songlap' mengukir kemesraan. Mulutnya tidak henti-henti bercerita tentang perkembangan terbaru dan keinginannya untuk melebarkan lagi sayap seni yang disayanginya.

"Ini saya yang baru", ujar Sara ringkas saat ditanya tentang perubahannya itu. "Saya tidak mahu lagi Sara Ali yang dulu, yang menyombong tidak bertempat", sambungnya dengan senyuman yang masih tidak lekang di bibir.

Menginjak tahun ke-3 penglibatannya dalam industri seni, Sara mengakui betapa kerjayanya sebagai pelakon telah mengajar dirinya untuk lebih tertib dalam setiap kemunculan, sama ada dari segi penampilan mahupun perilaku.

"Kebelakangan ini, saya mula mengerti bahawa menjadi seorang pelakon bukan sekadar perlu berlakon cemerlang di layar kaca atau perak. People look up to you as a role model. Di situlah pentingnya penampilan, di mana ia perlu memadani karisma kita sebagai karyawan", ujarnya jujur.

Satu kejadian yang menjadi titik perubahan untuk dirinya adalah apabila dia terlibat dengan satu kemalangan jalan raya sekitar 2012.

"Waktu itu saya masih dalam proses penggambaran filem 'Aku Histeria'. Saya bersyukur tidak mengalami sebarang kecederaan serius waktu itu, tapi kereta saya rosak teruk. Saya anggap tragedi itu sebagai satu petanda dari Yang Maha Esa untuk saya mula merendah diri", terang Sara lagi.

Akibat daripada kemalangan itu, Sara fobia untuk memandu kereta selama beberapa bulan. Sepanjang tempoh itulah dia mengambil kesempatan untuk releksi diri.

"Saya sedar betapa saya telah lupa diri dan ego. Apabila tengok semula laporan dari media tentang kelakuan lama saya, saya jadi malu. Saya tanya balik diri sendiri, kenapa saya buat begitu? Ramai yang percaya kebolehan saya untuk berlakon, tapi saya sendiri memilih untuk menyombong. Akhirnya, Dia 'tepuk' saya sekali untuk saya berubah", ujarnya penuh kesedaran.

Begitupun, setiap perubahan pasti akan ada ujiannya. Tapi, itu bukan penghalang untuknya tekadkan hati dan memajukan langkah. Sebab ini adalah Sara Ali yang baru!

Foto : Shareza Shafiee

Solekan : Fatin Anuar (instagram @fatin_anuar Tatarias

Rambut : Djaothman (instagram @djaothman)

<b>Sara Ali</b> Tak Mahu Menyombong Lagi | MyArtis - Mynewshub.my

Posted: 08 May 2014 09:20 PM PDT

MELIHAT lakonan Sara Ali di kaca televisyen, tidak dinafikan dia punyai bakat yang cukup besar.

Namun, di kalangan peminat seni hiburan, namanya tidaklah begitu menonjol dek kerana kurangnya publisiti mengenai dirinya.

Hakikatnya, ia berpunca dari sikapnya sendiri yang menyombong khususnya pada pihak media dan Sara sendiri mengakuinya menerusi GUA.

Bagaimanapun, satu kemalangan jalan raya pada 2012 telah memberi kesedaran pada dirinya sekaligus membuatkan dia mahu berubah.

Pelakon filem 'Kami Histeria' itu berkata, kejadian itu menyebabkan dia fobia untuk memandu selama beberapa bulan dan sepanjang waktu itulah dia cuba menilai semula dirinya.

"Waktu itu saya masih dalam proses penggambaran filem 'Aku Histeria'. Saya bersyukur tidak mengalami sebarang kecederaan serius waktu itu, tapi kereta saya rosak teruk. Saya anggap tragedi itu sebagai satu petanda dari Yang Maha Esa untuk saya mula merendah diri.

"Saya sedar betapa saya telah lupa diri dan ego. Apabila tengok semula laporan dari media tentang kelakuan lama saya, saya jadi malu. Saya tanya balik diri sendiri, kenapa saya buat begitu? Ramai yang percaya kebolehan saya untuk berlakon, tapi saya sendiri memilih untuk menyombong. Akhirnya, Dia 'tepuk' saya sekali untuk saya berubah", jelasnya.

Kami tabik dengan kerendahan hatinya yang sanggup mengakui kesilapannya.

Semoga dengan perubahan ini, nama Sara akan lebih dikenali dalam industri hiburan tanahair sebaris dengan pelakon hebat yang lain.

Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY

Anda mungkin juga meminati:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan