Nuffnang

Isnin, 12 Mei 2014

Shaheizy Sam - Google Blog Search

Shaheizy Sam - Google Blog Search


ibu dedah punca <b>shaheizy sam</b> lambat kahwin? - ammboi dot com

Posted: 10 May 2014 01:10 AM PDT

Shaheizy Sam antara selebriti yang begitu jauh daripada gosip. Entah apa petua yang Sam pakai sampai hampir tiada langsung gosip percintaan yang dikaitkan dengannya. Kalau ada pun tak melarat dan kejap jer berlalu. Kini usianya sudah menjangkau 32 tahun, namun seperti yang kita tahu, masih tiada mana-mana gadis yang bertakhta dihatinya.

Menerusi laporan mStar Online, Sam ada meluahkan perasaannya mengenai isu jodohnya. Menurut Sam, dia mengakui berasa bimbang dan takut kerana masih belum bertemu jodoh ketika usianya sudah mencecah 32 tahun. Sam berkata, sebagai lelaki dia mengidamkan sebuah keluarga yang besar selain memiliki ramai cahaya mata.

"Secara jujurnya saya sudah bersedia (kahwin) dan ingin sangat menamatkan zaman bujang. Saya rasa takut kerana pada usia ini saya masih belum berkahwin atau memiliki teman istimewa. Saya selalu terfikir apa akan jadi bila kahwin lambat dan anak-anak masih kecil ketika saya sudah tua. Kalau boleh saya ingin sebuah keluarga besar dan anak yang ramai," katanya.

Bagaimanapun, Sam berkata, dia percaya Allah mempunyai perancangan dan jodoh yang sudah ditetapkan buatnya. Dalam pada itu, kata Sam, dia bersyukur ibunya, pelakon Khaty Fauziah tidak pernah mendesak untuk dia mendirikan rumah tangga.

"Mummy tidak pernah masuk campur tentang teman istimewa saya. Dia juga tidak pernah melarang atau mendesak saya untuk berkahwin. Dia seorang ibu yang memahami dan menyokong apa juga keputusan saya," katanya.

ibu shaheizy sam mummy khaty fauziah

Nak kata tidak laku, rasanya ramai jer gadis berebut mahu mendampingi Sam. Cuma mungkin apa yang diperkatakan ibu Sam ada betulnya. Menurut ibu Sam, dia menyifatkan anak lelakinya itu seorang yang terlalu cerewet dalam hal memilih teman istimewa. Sebagai ibu, Khaty tidak meletakkan sebarang kriteria siapakah menantunya, namun dia berharap agar pelakon itu memilih isteri bukan daripada kalangan selebriti.

"Sam ini seorang yang selalu menganggap dirinya sentiasa inginkan kesempurnaan. Dia ada bawa beberapa orang wanita bertemu dengan saya tetapi selalunya hubungan itu sekejap sahaja kerana ada sahaja yang tidak kena di mata dia. Tetapi dia juga dapat 'baca' jika saya berkenaan atau tidak seseorang wanita yang diperkenalkan kepada saya itu. Kadang-kadang bila saya berkenan dia pula tidak mahu. Saya tidak kisah siapa pun yang dia pilih, tetapi kalau boleh biarlah bukan dikalangan artis," katanya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan