Jamal Abdillah - Google Blog Search |
<b>Jamal Abdillah</b> Jual Jenama Pakaian JA Posted: 05 Jan 2012 08:27 PM PST KUALA LUMPUR – Raja Pop tanah air, Jamal Abdillah bukan setakat menjual suaranya sebagai penyanyi tetapi dia juga kini menjual pelbagai jenis pakaian atas jenama JA atau Jamal Abdillah yang telah berada di pasaran sejak dua bulan lalu. Menurut penyanyi berasal dari Ipoh, Perak ini, dia berasakan sudah sampai masanya menghasilkan produk atau jenama atas namanya biarpun selepas hampir 30 tahun juara Bintang RTM 1979 itu terbabit dalam bidang seni suara tempatan. "Sekarang adalah masa yang sesuai untuk saya menghasilkan serta menjual merchandise produk saya seperti kemeja-T dan topi. Kalau dulu keadaan diri saya tidak mengizinkan di mana baru sekarang saya 'berada dalam dunia yang cerah'. "Selain pakaian saya juga akan menghasilkan produk JA yang lain seperti jenama Zack dan Azura untuk minyak wangi selain pakaian daripada kain batik sejak dua bulan lalu," katanya sewaktu ditemui pada sidang akhbar di Bukit Kiara di sini petang ini. Pada sidang akhbar itu, Jamal atau nama sebenarnya Jamal Ubaidullah mengumumkan tentang Konsert Raja Pop Jamal Abdillah 2012 yang akan diadakan di Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak pada 28 Januari ini dengan mengenakan tiket berharga RM80, RM140 dan RM300. Jelas duda anak dua ini, pada konsert yang dibahagikan kepada tujuh segmen itu diakan mengadakan persembahan selama dua jam 30 minit di mana ia adalah konsert terbesarnya di Perak sejak bergelar penyanyi sejak tiga dekad lalu. "Istimewa untuk pemegang tiket berharga RM300 mereka akan berpeluang bertemu saya sehari selepas konsert itu untuk makan malam bersama saya. Saya akan meluangkan masa bersama pemegang tiket berharga RM300 itu nanti," ujarnya. Sementara itu, sewaktu ditanya tentang isu kontroversinya yang keluar dari Rumah Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih) pada tahun lalu, Jamal enggan mengulas lanjut kerana ia adalah peribadi yang membabitkan dirinya dengan persatuan tersebut. Namun, pada masa sama penyanyi itu yang telah menduda sejak enam tahun lalu tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada Pengasih yang telah banyak mengubah dirinya hingga pulih daripada masalah ketagihan dadah yang dialaminya sebelum ini. "Saya tidak mahu komen lanjut atau memanjang-manjangkan isu itu kerana takut nanti sidang akhbar tentang konsert saya ini akan tenggelam pula. Apa pun terima kasihlah kepada Pengasih yang telah 'membuka dunia saya menjadi cerah semula'," komennya penuh makna. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Jamal Abdillah - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan