Nuffnang

Rabu, 18 Januari 2012

Pierre Andre - Google Blog Search

Pierre Andre - Google Blog Search


CHANTEK - filem romantik komedi arahan <b>Pierre Andre</b>

Posted: 12 Jan 2012 10:58 AM PST

 

Assalamualaikum..

 

Mata belum mahu lelap sebab masih ada kerja yang harus aku bereskan. Roommate aku dan kawan aku Kak Iqa pun masih belum tidur melayan video klip lagu-lagu Kpop. Aku macam biasa, bila online mesti merayau-rayau kat facebook. Sampailah aku terjumpa satu fan page untuk filem baru arahan Pierre Andre.

 

 

376263_120852454694536_120798474699934_130938_63461228_n

Filem CHANTEK merupakan filem terbaru arahan Pierre Andre yang mempertaruhkan genre romantik komedi. Dilakonkan oleh Pierre Andre, heroin dari Indonesia iaitu Nurul Ekasari. Turut menampilkan Abon, pemenang Maharaja Lawak Mega dalam filem ini.

 

 

389454_127418157371299_120798474699934_154760_589616707_n

SINOPSIS FILEM CHANTEK :

AD,seorang bintang filem yang hidupnya mewah dan ceria tetapi menjadi buta setelah dilanggar kereta sejurus terserempak dengan tunangnya yang berlaku curang. Akibat tersangat kecewa, AD memencilkan dirinya di rumah penginapan. Pengurus AD iaitu SAM mengupah CHANTEK, seorang pembantu rumah perempuan dari Indonesia yang terpaksa menyamar sebagai lelaki untuk menenteramkan AD yang masih fobia dengan perempuan. Lama-kelamaan kerana kebaikan AD dan kemesraan mereka berdua, CHANTEK terpaksa mendedahkan rahsianya. Walaupun marah, AD sedia memaafkannya kerana kejujuran CHANTEK membantu memulihkannya dan akhirnya mereka berdua telah jatuh cinta.

Namun hati CHANTEK berubah setelah terjumpa skrip yang mengisahkan tentang percintaan seorang lelaki dengan pembantu rumahnya, dia terasa diperbodohkan dan dipergunakan oleh AD sebagai bahan latihan filemnya. CHANTEK benar-benar terasa dirinya ditipu dan hatinya dipermainkan dan lantas melarikan diri. Akibatnya, AD tidak ketentuan arah dan tidak dapat berlakon semula kerana terkenangkan CHANTEK. Berjayakah AD bertemu dan memenangi hati CHANTEK kembali?

 

 

Berjayakah AD bertemu dan memenangi hati CHANTEK kembali? Saksikan kisah seterusnya dalam filem romantik komedi, CHANTEK arahan Pierre Andre di pawagam bermula 16 Februari 2012!

 

Hari tu aku dah pernah dapat invitation untuk pra tonton filem Al-Hijab arahan Pierre Andre (baca entry DI SINI dan juga DI SINI), kali ni aku tak sabar nak tengok filem romantik pulak.

 

 

Jangan lupa juga untuk terjah page filem CHANTEK di facebook dan like sekali ya!

https://www.facebook.com/FilemChantek

 

 

 

"Kebahagiaan adalah kejujuran & kepercayaan…"

Sign PNG NisaKay

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan