Zul Handyblack - Google Blog Search |
<b>Zul Handy Black</b> Akan 'Berbogel' Lagi « Pena Kusisip Blog Posted: 16 Jan 2012 05:58 PM PST Pak Menteri kita tak mau tengok ke gelagat artis Malaysia sekarang ni ? Majlis fatwa Kebangsaan tak mahu bersidang ke pasal ni ? Aksi ghairah direstui isteri "SAYA tidak akan menolak jika ditawarkan untuk berbogel dalam mana-mana filem di masa-masa hadapan dan isteri saya pun tidak kisah jika saya dikehendaki berbogel sekali lagi (dalam filem)." Sekali dengar ia seperti kenyataan 'berani mati' atau 'madah bercili' yang dilontarkan dari mulut pelakon Hollywood, tetapi realitinya itulah kenyataan tulus pelakon Zul Suphian tatkala mengulas mengenai karakter lakonannya dalam dua buah filem seram, Mantra dan Keramat. Kontroversi atau tidak, itulah pendirian pemilik nama sebenar Nurzul Suphia'an Sa'ban, 38, yang dulunya dikenali sebagai Zul Handy Black. Dia nampaknya cuba mencipta 'jenama'nya yang tersendiri dengan sering muncul dalam babak 'panas' dalam filem-filem lakonannya. Namakan satu pelakon Malaysia yang pernah muncul berbogel di layar perak dan kemudian kini muncul separuh bogel dalam adegan ghairah bersama pelakon wanita dalam filem terbaharunya kalau tidak Zul Suphian! "Saya beruntung kerana keluarga dan isteri saya, Fyza memahami tugas saya selaku seorang pelakon. Mereka tahu saya lakukan semua ini untuk tugas saya dan saya juga akan bertindak profesional. Isteri saya tidak kisah, kerana dia tahu saya ramai 'teman wanita' dalam setiap produk lakonan saya," tutur Zul. "Saya melakukan itu semua bukan untuk mengundang kontroversi tetapi kerana mengikut kehendak pengarah dan supaya penonton dapat gambaran yang lebih jelas," itu ulasan dan alasan pelengkap yang diberikan Zul merangkumi adegan bogelnya dalam filem Mantra pada tahun lepas dan adegan ghairahnya bersama aktres Mon Ryanti untuk filem Keramat yang kini sedang hangat ditayangkan di pawagam. Kedua-dua filem tersebut seperti mana Santau, filem sulung lakonannya, juga dari genre seram, adalah hasil garapan pengarah, Azhari Mohd. Zain. Bicara Zul, berbeza dengan Mantra yang memerlukan dia berbogel sendirian, dalam Keramat pula untuk karakter Nazmir lakonannya itu pula dia dikehendaki melakonkan babak ghairah ketika hanya menyarungkan tuala tatkala digoda adik iparnya, Munirah (lakonan Mon Ryanti) yang hanya berkemban dan sebenarnya dirasuk oleh roh Mustika (Diana Amir). "Apabila babak bergaduh, kita perlu berlawan dengan bersungguh-sungguh. Untuk babak cinta, kita perlu timbulkan mood romantis dan apabila babak ghairah cabarannya adalah kita yang tidak ghairah ini perlu buat-buat ghairah agar lakonan yang diberikan menjadi," jelasnya lagi berbaur sedikit lucu. Bagi Zul, beraksi ghairah bukanlah cabaran berat baginya, namun baginya, cabaran sebenar adalah apabila untuk filem Keramat dia perlu memerankan dua karakter yang berlainan iaitu watak Nazmir pada era hari ini dan Habib seorang lelaki yang hidup pada tahun 1900. Ujar Zul, ketika diberi tawaran, Azhari sangat yakin bahawa dia pasti dapat membawakan dua watak tersebut dengan mudah kerana pernah bekerjasama dalam filem Santau dan Mantra sebelum ini. "Apabila berlakon dalam filem genre sebegini, memang kita perlu buat satu kajian yang lebih kuat, dan mendalam kerana sudah pastinya genre seperti ini memerlukan konsentrasi dan penghayatan dalaman. "Jadi mungkin tidak menjadi cabaran sangat kepada saya kerana perkara ini saya telah dicabar oleh pengarah yang sama (Azhari). "Mungkin juga Azhari sudah lihat kemampuan saya dan fikirkan watak sebegini memang sesuai dibawa oleh saya. Watak ini sangat mudah dan saya tahu bagaimana harus membawa karakter ini dan bezanya cuma jalan cerita," jelas Zul lagi. Namun bagi pelakon yang bernaung di bawah syarikat penerbitan gergasi perfileman Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd. itu, dia juga mampu dan pernah berlakon genre filem yang berbeza seperti komedi, aksi dan sebagainya. "Sebagai seorang pelakon, saya telah menunjukkan kemampuan namun terpulang kepada pihak yang memberi tawaran dan pihak Metrowealth Movies Production sendiri," katanya. Kerisauan Mon Ryanti Jika Zul tiada masalah untuk membawa watak ghairah, namun bagi pendatang baharu, Mon Ryanti, perasaan segan untuk berlakon ghairah wujud dalam diri yang baru ingin memulakan karier sebagai seorang aktres. "Selain cabaran, ini sebenarnya satu tanggungjawab kerana jika sudah diberi kepada saya maka ia menjadi tugas buat diri saya. Watak utama memang tanggungjawab besar dan saya perlu buat kajian yang mendalam kerana perlu memahami untuk menjayakan watak yang diberi itu. "Antara cabarannya adalah sebagai Munirah, saya perlu menggoda abang ipar saya (Nazmir lakonan Zul) dan saya akui agak risau dan segan apabila ingin melakonkannya. Saya masih baru lagi dalam industri dan melakonkan watak tersebut mungkin akan menjadi perbualan orang kelak," tutur wanita berusia 23 tahun itu. Namun begitu, ujar gadis manis yang lebih mesra disapa sebagai Mon, ia hanyalah sebuah jalan cerita dan lakonan semata-mata dan bukannya ingin beri pandangan buruk tentang dirinya kepada penonton dan berkata ia merupakan perubahan karakter di dalam filem tersebut. Berfikiran positif, jelas Mon, sebagai seorang pelakon, harus tabah menerima kritikan dari sesiapa sahaja dan dia mengakui hakikat bahawa dirinya tidak akan dapat memuaskan hati semua pihak. Jadi, perkara ini diambil sebagai cabaran dan reda serta masih memerlukan bimbingan pihak produksi dan semua orang. Rabecca tidak takut Bagi aktres Rabecca Nur Al Islam atau lebih mesra disapa sebagai Rabecca pula, pengalamannya selama dua musim bersama program realiti seram Seekers dan berlakon dalam filem seram, Jangan Tegur sebelum ini membuatkan dirinya tiada sebarang masalah untuk berlakon dalam Keramat. "Menerusi Keramat, saya menjadi Syazura, isteri kepada Nazmir dan bagi watak ini saya perlu mendalami jiwa seorang isteri yang teruja ketika mengandung dan secara tiba-tiba kehilangan anak. Jadi, ketika itu saya perlu membawa dua watak yang berbeza sekali gus. "Namun, berlakon dalam filem genre seram tidaklah menakutkan, kerana saya sudah biasa terlibat dalam genre seram beberapa kali. Jadi, Alhamdulillah, tiada apa yang buruk berlaku sepanjang penggambaran," jelas Rebecca yang bagaimanapun mengakui penat kerana bukan mudah untuk menjadi seorang pelakon. Tambahnya: "Sepanjang penggambaran, semua kru termasuk pelakon dan pengarah punyai keserasian dan sebagai pengarah, Azhari adalah seorang yang sangat mudah berkomunikasi dan bekerjasama serta tidak lokek untuk memberi tunjuk ajar." kosmo Advertisement Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Zul Handyblack - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan