Sharnaaz Ahmad - Google Blog Search |
PENGAKUAN SHILA AMZAH-GOSIP CINTANYA DENGAN <b>...</b> Posted: 10 Jan 2012 08:30 PM PST No of View :71 ![]() PENYANYI Shila Amzah, 21, tidak pernah mengaku bercinta dengan mana-mana lelaki yang dikaitkan dengannya sebelum ini. Justeru agak luar biasa apabila dia mengakui dirinya sangat selesa bersama dengan aktor Sharnaaz Ahmad, 26, dan hubungan mereka pula kini melepasi status hanya kawan. Pengakuan berani mati Shila yang ditemui pada sesi fotografi baru-baru ini membuktikan memang benar ada sesuatu yang istimewa sedang berlaku antara dirinya dan Sharnaaz. Malah akuinya, hubungan mereka mendapat restu ibu bapa Shila serta diketahui oleh keluarga Sharnaaz di Pulau Pinang juga. Keterbukaan Shila itu cukup mengejutkan kerana dia memang dikenali cukup berahsia mengenai soal peribadinya. Mungkinkah Sharnaaz lelaki yang dicintai Shila sepenuh hati dan bakal dinikahinya sehingga membuatkan dia terbuka apabila berbicara bab cinta? Jika Sharnaaz dalam kenyataannya semalam tidak mengakui mahupun menafikan Shila adalah kekasih hatinya, tetapi disyaki sememangnya kekasih hatinya daripada gelak tawanya apabila ditanya adakah Shila kekasih hatinya, apa pula kata Shila? "Kalau kata bercinta saya rasa masih terlalu awal tetapi kami sudah melepasi proses berkawan. Cuma kami belum putuskan apa-apa dalam hubungan kami. Tengoklah apa yang akan jadi. Saya memang cukup selesa dengannya sebab dia jenis yang cukup menjaga saya dan ini semua perkara baharu buat saya. "Saya sedar orang sekeliling tahu apa yang sedang berlaku antara saya dan Sharnaaz, saya tidak kisah. Kalau sebelum ini saya tidak mengaku bercinta kerana semua itu memang gosip semata-mata macam mana saya ingin mengaku. Kali ini saya mengaku sebab memang saya berkawan dengannya dan tiada apa yang perlu disembunyikan kerana masing-masing masih solo," akui Shila. Hubungan Shila dan Sharnaaz sama seperti rakan artis biasa, namun penglibatan Sharnaaz dalam klip video lagu Patah Seribu merapatkan lagi hubungan mereka sekitar bulan Ogos tahun lalu. Ungkap Shila lagi, Sharnaaz bukan jenis lelaki hipokrit. "Dia jenis tidak kawal macho, dia menjadi diri dia sendiri dan itu persamaan antara saya dengannya. Saya suka lelaki yang begitu. Masalahnya kami berdua suka cakap lepas dan kadangkala terlupa yang saya tidak boleh cakap begitu dengannya, jadi sekarang kami sedang belajar untuk tidak melukakan hati masing-masing," tutur Shila sambil tertawa. Tiada sebarang dendam Meskipun sedang dilamun cinta, Shila mengerti risiko besar yang menantinya apabila dia secara terbuka mengaku sedang berkawan rapat dengan Sharnaaz yang juga artis sepertinya kerana banyak tekanan yang perlu dihadapinya terutama jika hubungan itu tidak mempunyai kesudahan yang baik. "Memang timbul kebimbangan apabila bercinta sesama artis sebab itu saya sudah bersedia untuk sebarang kemungkinan. Saya ambil tahu tentang apa yang berlaku di luar sana (artis bercinta sesama artis) bukan menjaga tepi kain orang tetapi belajar daripada kesalahan orang lain. Semua orang melakukan kesalahan apabila kesalahan itu diperbesarkan oleh peminat dan media akan membuatkan saya lemas. "Sebab itu kami tidak putuskan apa-apa dalam hubungan kami setakat hari ini, kami tidak mahu terburu-buru. Apa sahaja yang Allah tetapkan kami terima dengan reda, tidak ada sebarang dendam. Buat masa sekarang kami memang suka dengan kahadiran masing-masing," ucap Shila yang turut mendapat sokongan peminat dalam hubungannya bersama Sharnaaz. ![]() |
You are subscribed to email updates from Sharnaaz Ahmad - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan