Nora Danish - Google Blog Search |
- AKSI ALA LESBIAN LISA SURIHANI DAN <b>NORA DANISH</b> KEMBALI <b>...</b>
- GAMBAR LESBIAN LISA SURIHANI DAN <b>NORA DANISH</b> <b>...</b>
- <b>Nora Danish</b> & Sein Bertemu Cinta Di Paris | OHBULAN!
AKSI ALA LESBIAN LISA SURIHANI DAN <b>NORA DANISH</b> KEMBALI <b>...</b> Posted: 17 Jan 2012 12:55 PM PST Semalam suasana agak panas daripada biasa. Bukan saja dek cuaca yang sejak akhir-akhir ini memang panas. Tapi dunia hiburan juga punya cerita panas, luarbiasa. Beberapa blog gosip tempatan, telah menyiarkan beberapa keping foto dua pelakon cantik, Lisa Surihani dan Nora Danish dengan aksi ala lesbian mereka. Entah macam mana gambar-gambar ini boleh terpampang semula? 'Terpampang semula' dalam erti kata, foto-foto ini sebenarnya foto lama yang pernah tersebar sekitar Julai tahun lalu. Pasti ramai yang sudah sedia tahu bahwa foto-foto tersebut hanyalah satu gurauan. Harap-harap, tidak timbul sebarang spekulasi dan fitnah dilempar terhadap Lisa juga Nora. Telah di jelaskan, mereka hanya teman rapat dan pose sebegitu hanya sekadar suka-suka. sumber: mD |
GAMBAR LESBIAN LISA SURIHANI DAN <b>NORA DANISH</b> <b>...</b> Posted: 17 Jan 2012 03:43 AM PST GAMBAR AKSI PANAS ALA-ALA LESBIAN NORA DANISH DENGAN LISA SURIHANI TERSEBAR KEMBALI DI INTERNET. gambar aksi mesre berpelukan ala lesbian nora dan lisa surihani sudah lama tersebar sejak july 2011 dan kini kembali dibangkitkan di laman-laman blog tempatan.gambar yang tersebar itu jelas menunjukkan lisa surihani berposing mesra bersama nora danish seperti pasangan bercinta sedang hangat bermadu asmara. namun july 2011 telah tampil kenyataan yang gambar-gambar itu hanya "suka-suka" diambil dan tanpa memiliki sebarang hubungan songsang. lisa surihani bakal nikah feb ini bersama duda yusri abdul halim dalam majlis gilang gemilang di picc. berikut gambar panas, aksi ala lesbian nora danish dan lisa surihani. |
<b>Nora Danish</b> & Sein Bertemu Cinta Di Paris | OHBULAN! Posted: 10 Jan 2012 03:45 PM PST Drama romantik, Ariana Mikhail yang dibintangi oleh dua pelakon muda berbakat besar, Nora Danish dan Syed Hussein Bin Syed Mustafa (Sein), bakal menemui anda semua melalui slot Ratu pada setiap hari Isnin dan Selasa, jam 8.30 malam bermula 16 Januari ini. Kisah "Ariana Mikhail" bermula apabila Mikhail (Sein) yang telah tamat pengajiannya di London telah pergi bercuti di Paris bersama sahabat karibnya, Jamil (Riezman Khuzaimi). Semasa percutian itu, Mikhail berniat untuk mencari teman wanita berbangsa Perancis tetapi dia ditakdirkan bertemu dengan Ariana (Nora Danish) yang kebetulan singgah bercuti di Paris sebelum pulang ke Malaysia. Ariana yang mempunyai lulusan hiasan dalaman bercuti seorang diri kerana ingin mencari pengalaman dalam dunia hiasan di Eropah. Pertemuan pertama berlaku apabila Ariana bertembung dengan Mikhail dan ini telah membuat Ariana sangat marah kerana Mikhail langsung tidak meminta maaf kepadanya. Ketika inilah Mikhail dan Jamil mendapat tahu bahawa Ariana merupakan seorang warganegara Malaysia juga. Insiden kedua yang mempertemukan mereka adalah apabila Ariana menyelamatkan Mikhail daripada dimarahi oleh seorang lelaki apabila dia cuba berkenalan dengan seorang wanita Perancis. Walaupun sudah dibantu oleh Ariana namun sikap Mikhail yang masih tidak berterima kasih dan sombong membuatkan Ariana tidak berminat untuk berkawan dengannya. Bagi membalas budi, Jamil mengajak Ariana makan malam tetapi Mikhail tidak berminat untuk turut serta kerana dia tidak meminati Ariana. Mikhail berkali-kali memberitahu Jamil untuk tidak membuang masa dengan Ariana kerana misi mereka adalah untuk mencari wanita Perancis bukan Melayu. Jamil menasihatkan Mikhail supaya jangan bongkak kerana nanti dia akan tergila-gilakan Ariana. Bak kata orang tua-tua, "Jangan benci dengan seseorang itu, nanti lama-lama sayang." Itulah yang terjadi kepada Mikhail apabila dia mula jatuh hati kepada Ariana yang telah menjaganya ketika dia sakit. Mikhail telah memohon maaf kepada Ariana atas sikapnya sebelum ini. Ariana memaafkan Mikhail dan sejak itu mereka mula rapat dan berkawan sehingga lahirnya bibit-bibit cinta. Pada suatu hari dengan secara tiba-tiba, Mikhail telah meminta Jamil untuk menguruskan pernikahannya dengan Ariana di Paris kerana dia tidak mahu kehilangan Ariana. Jamil menganggapkan Mikhail sudah hilang kewarasan kerana masih terlalu awal untuk mereka berkahwin tetapi Mikhail bersungguh-sungguh untuk mengahwini Ariana. Malam itu, Mikhail melamar Ariana dan keadaan yang romantis membuatkan Ariana terharu dan menerima lamaran Mikhail. Mereka telah bernikah di salah sebuah masjid di Paris. Tetapi keesokan harinya, selepas satu malam bersama sebagai suami isteri, Mikhail mendapati Ariana sudah tiada lagi di sebelahnya. Mikhail menyangka Ariana keluar untuk membeli-belah tetapi dilihatnya beg pakaian Ariana pun sudah tiada. Puas Mikhail dan Jamil mencari Ariana di tempat-tempat yang selalu mereka kunjungi ketika di Paris namun tiada. Hanya sepucuk surat yang diutuskan kepada Mikhail… Apakah isi kandungan surat tersebut? Ke manakah Ariana dan mengapa dia menghilang begitu sahaja dengan seribu tanda tanya? Mari kita sama-sama ikuti jalan cerita romantis "Ariana Mikhail" bermula 16 Januari ini pada setiap hari Isnin dan Selasa jam 8.30 malam! Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Nora Danish - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan