Nuffnang

Sabtu, 7 Januari 2012

Juliana Evans - Google Blog Search

Juliana Evans - Google Blog Search


:: MYARTIS.COM ::: <b>JULIANA EVANS</b> SEDIH TINGGALKAN ZIZAN?

Posted: 04 Jan 2012 12:00 PM PST


Pelakon dan model iklan Juliana Evans, 23, dilaporkan amat sedih hingga menitiskan air mata kerana terpaksa meninggalkan tanah air selama dua tahun bagi menyambung pelajaran di University of Michingan, Amerika Syarikat.

Namun benarkah sedihnya itu kerana meninggalkan Malaysia semata... atau kesedihannya itu disebabkan terpaksa berpisah dengan kekasih hati, Zizan Raja Lawak?

"Memang saya terlalu sedih sekarang ini kerana terpaksa melepaskan kerjaya lakonan buat seketika. Lebih memilukan apabila terpaksa meninggalkan keluarga dan kawan-kawan karib saya.

"Rasa berat hati sangat nak tinggalkan semua dan saya masih tak boleh menerima hakikat yang saya terpaksa berjauhan dengan orang yang saya sayangi," ujar Juliana dipetik sebagai berkata.

Bagaimanapun tambah Juliana, kerjaya lakonan tidak mungkin boleh kekal lama. Justeru itu dia perlu belajar mendalami ilmu seni dari segi pengurusan produksi pula.

"Saya ingin belajar cara pengurusan di belakang tabir. Insya-Allah, kelas saya akan bermula pada minggu depan.

"Malah saya percaya, suasana dan rakan baru akan banyak mempengaruhi saya untuk menjadi seorang yang lebih matang.

"Saya akan merindui dunia kehidupan artis dan ingin mengucapkan terima kasih kepada semua media yang telah menaikkan nama saya sehingga ke tahap dikenali ramai. Semoga kita dapat berjumpa kembali," tambahnya.

Terdahulu, Zizan dilaporkan turut hadir menemani Juliana sebelum beliau berangkat ke USA. Apa yang menarik, ada beberapa saksi yang mendakwa Zizan tidak dapat menahan sedih dan menangis apabila 'ditinggalkan' oleh 'buah hati' yang digosipkan 'bercinta' dengannya itu.

Klik untuk imej besar...

Bayangkan jika selama ini kita 'ketawa' apabila melihat karenah Zizan yang ceria dan mencuit hati di kaca TV... tiba-tiba wajahnya berubah menjadi sedih hingga meleleh air mata. Ha ha... pastinya 'buruk benar' muka Zizan..!

Apa-apapun sabar Zizan ya... dua tahun bukannya lama! Lepas tu bolehlah Zizan buat perancangan bahagia masa depan... itupun kalau Juliana tak pulang bersama 'jejaka mat salleh' (opps... sorry, gurau je tu).

Full content generated by Get Full RSS.

Zizan Raja Lawak Tangisi Pemergian <b>Juliana Evans</b> Ke Luar <b>...</b>

Posted: 04 Jan 2012 08:38 AM PST

Kalau anda belum tahu, dan minat untuk tahu, Juliana Evans kini sudah pun meninggalkan Malaysia untuk mencuba nasib sebagai pelakon di Hollywood. /jk

Petang tadi, Juliana Evans terbang meninggalkan bumi Malaysia untuk menyambung pelajaran ke bumi Amerika Syarikat selama 2 tahun.

Aktress muda ini bakal lanjutkan pelajaran di'peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang komunikasi massa di University of Michigan di negara itu.

Itu kisah Juliana Evans, tetapi ada khabar menarik yang di'terima dari lapangan terbang petang tadi — berkaitan jejaka yang pernah di'kaitkan dengan aktress ini, Zizan Raja Lawak

Zizan Raja Lawak di'katakan hadir menemani Juliana Evans di'samping teman teman rapat juga ahli keluarga petang tadi untuk memberi lambaian semangat sebelum aktress itu berangkat ke USA.

Dan, ada beberapa saksi nampak yang Zizan Raja Lawak tidak dapat menahan sebak dan menangis dengan pemergian 'teman baik' beliau itu selama 2 tahun.

Nampaknya, gossip hubungan cinta mereka berdua masih belum selesai di hati para peminat hiburan yang sebenarnya suka jika mereka berdua ini bercinta.

Namun siapalah kita peminat hiburan untuk memaksa perasaan mereka untuk jatuh cinta — doakan yang terbaik sudah memadai. Heh.

Full content generated by Get Full RSS.

Airmata Zizan Tumpah Kerana <b>Juliana Evans</b>?

Posted: 04 Jan 2012 10:43 PM PST

KUALA LUMPUR – Siapa sangka artis yang terkenal dengan lawak 'keringnya' , Zizan akhirnya boleh menitiskan air mata sewaktu menghantar 'teman baik', Juliana Evans di lapangan terbang petang semalam.

Zizan hadir menemani Juliana Evans bersama-sama dengan teman rapat dan juga ahli keluarga memberikan lambaian terakhir dan semangat buat gadis cantik ini sebelum berangkat terbang ke Amerika Syarikat (USA) untuk menyambung pengajian selama dua tahun di sana.

Saksi yang juga berada di lokasi turut mengkhabarkan Zizan kelihatan sebak dan sedih untuk melepaskan pemergian Juliana.

Tak sangka, Zizan yang dikenali dengan sikap 'gila-gila', rupa-rupanya 'dalam hati ada taman'.

Bagi pelakon jelita ini pula, Juliana, dia mengaku amat sedih dan menangis apabila terpaksa berjauhan dengan keluarga dan orang yang tersayang di Malaysia.

Keputusan untuk menyambung pelajaran di University of Michingan, USA di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang komunikasi di ambil selepas memikirkan untuk memperbaiki kehidupan di masa akan datang.

"Kerjaya lakonan tidak mungkin boleh kekal lama. Justeru itu saya perlu belajar mendalami ilmu seni dari segi pengurusan produksi pula.

"Saya ingin belajar cara pengurusan di belakang tabir. Insya-Allah, kelas saya akan bermula pada minggu depan," kata Juliana.

Sebelum ini, heboh gosip mengatakan pasangan artis ini sedang hangat dilamun cinta.

Namun, Zizan dan Juliana menyangkal dakwaan tersebut dan hanya mengaku berkawan rapat dan senang diketahui umum sebagai sahabat baik.

"Kami mula rapat waktu berlakon bersama dalam filem Hantu Bonceng. Memang senang ngam dengan Jue sebab dia chill dan tak hipokrit. Siapa tak cair tengok Jue, dia seorang yang sangat cantik dan terbuka berbincang apa sahaja.

"Buat masa sekarang kami masih kekal sebagai kawan dan saya belum bersedia untuk ada teman buat masa ini," kata Zizan.

Manakala Juliana pula tidak segan mengaku yang Zizan adalah ciri-ciri lelaki yang di idamkan.

"Saya tak nafikan dia menepati kriteria lelaki idaman tetapi buat masa ini, saya belum bersedia untuk bercinta semula," kata Juliana.

Juliana dilihat semakin akrab dan mesra dengan Zizan selepas hubungannya dengan penyanyi utama kumpulan Bunckface, Sam berakhir tahun lalu.

Nampaknya, industri seni negara kita akan sunyi seketika tanpa kehadiran Juliana Evans di dalam kaca TV mahupun ruangan iklan memandangkan dia sudah pun jauh berada di negara orang demi menggenggam segulung ijazah.

Buat Zizan, pasti peminat-peminat setianya sentiasa menyokong dan mendoakan dia agar terus tabah meneruskan hidup tanpa 'teman tapi mesra' di sisi setiap hari.

Apa-apa pun, penulis juga ingin mendoakan agar 'pasangan' ini sentiasa cemerlang dan bahagia dalam menetukan kerjaya hidup mereka.

Oleh: NAIMAH SHAARI

Berita Berkaitan:

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan