Mila Jirin - Google Blog Search |
<b>MILA JIRIN</b> BAKAL LANCARKAN LAGU INGGERIS TERBARUNYA Posted: 15 Dec 2011 11:00 PM PST ![]() PEMBABITANNYA dalam program realiti TV popular, Akademi Fantasia 5 (AF5) nyata tak sia-sia buat Mila atau Nor Sharmila Jirin, 24, apabila memilih karier sebagai anak seni. Bukan saja namanya dikenali ramai, tetapi langkah gadis genit ini semakin jauh. Sekitar September lalu, Mila yang membawa diri ke Batumi, Georgia untuk kembara seninya mendapat peluang menyertai pertandingan Golden Talent International Pop TV Performers. Biarpun tidak bergelar juara, dia meraih tempat keempat. Akur dengan persaingan hebat dari 22 negara Eropah dan Asia yang berentap, apa diinginkan Mila hanya untuk menimba pengalaman. Malah, siapa sangka dalam pertandingan itu juga dia memenangi anugerah Artis Paling Berbakat (Most Talented Artist). Mila yang agak lama 'menyepi diri' memaklumkan perjalanan karier nyanyiannya masih aktif. Malah dalam diam, bakal muncul dengan single Inggeris pertama untuk pasaran antarabangsa tidak lama lagi. "Single berjudul Break Down yang diketengahkan nanti adalah hasil ciptaan bersama antara saya dengan Lawrance Hobs, Daniel dan John. Kami mengambil masa selama dua hari untuk menyiapkan lagu ini sepenuhnya. Ia pengalaman sungguh berharga. "Apapun, penghasilan lagu ini tiada kaitan dengan kisah hidup saya dan judul Break Down diperoleh pun selepas ia disiapkan. Namun, jujur saya akui amat teruja untuk memperdengarkan single ini kepada peminat serta penggemar muzik luar negara. "Bagi pasaran antarabangsa, single ini dilancarkan secara online di iTunes dan rangkaian radio Internet di United Kingdom (UK) tidak lama lagi. Semua ini terhasil dengan kerjasama syarikat rakaman, MJ Panachea Record dan BGM Music yang berpangkalan di London. "Apapun, saya sudah melakukan yang terbaik serta berusaha gigih untuk mengembangkan karier nyanyian ke peringkat antarabangsa. Bahkan, kerjasama dua hala yang dijalinkan ini selamat kerana ia tidak membabitkan sebarang perjanjian," katanya. Penyanyi yang popular dengan Persis Mutiara itu berkata, langkah perjalanan kariernya untuk pasaran antarabangsa hanya bergantung kepada permintaan pendengar. Ujarnya, dia hanya akan ke UK apabila sudah ada permintaan. Justeru, tunggu dan lihat sajalah apa perkembangan selanjutnya. Berbicara mengenai album Inggerisnya, Mila berkata, dia menyasarkan hanya 10 lagu akan dimuatkan. Bagaimanapun, 15 lagu sudah dirakamkan. Apapun, pasaran lagu terpilih dibuat secara berperingkat mengikut single. Mengambil langkah berani, Mila juga tidak mengharapkan penajaan pihak tertentu. Biarpun, kos pembikinan album itu adalah 100 peratus tanggungannya sendiri, Mila mengakui masih mampu berbuat demikian. Katanya, kos tidaklah terlalu besar. "Apa yang penting, saya puas. Sekalipun bukan mudah memperoleh peluang ini kerana perlu berhadapan cabaran tetapi saya berusaha sebaik mungkin. Lagi pun, inilah masanya untuk saya cuba ketengahkan bakat dan karier nyanyian untuk pasaran luar. ![]() |
You are subscribed to email updates from Mila Jirin - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan