Nuffnang

Rabu, 15 Februari 2012

Azhan Rani - Google Blog Search

Azhan Rani - Google Blog Search


GUA - BERITA ARTIS - Pelarian Buah Tangan Terbaru Azma

Posted: 10 Feb 2012 08:00 AM PST

Sudah lama rasanya tidak mendengar berita pengarah juga pelakon berbakat, Azma Aizal Yusoof. Baru-baru ini, GUA berkesempatan menemui Azma di satu majlis anjuran TV9 di ibu kota. Dalam diam rupa-rupanya Azma giat menjalankan kerja beliau sebagai seorang pengarah.

Setelah dirisik GUA, Azma menjelaskan yang beliau baru sahaja selesai mengarahkan sebuah drama untuk slot cerekarama TV3 berjudul Pelarian. Drama yang memaparkan sisi berbeza golongan gelandangan ataupun 'homeless people' ini mengisahkan perjalanan 3 adik beradik yang hidup di jalanan Kuala Lumpur untuk mencari ibu mereka yang hilang.

Drama arahan Azma ini menampilkan pemenang Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia 20, Vanidah Imrah bersama-sama Sharifah Amani, Aeril Zafrel, Azhan Rani dan Talha Harith. Ia akan disiarkan pada 25 Februari ini jam 10 malam.

Azma yang juga diingati menerusi watak Butang dalam drama Sindarela di TV3 suatu ketika dahulu turut mengulas mengenai drama Pulau sentuhan beliau yang akan ditayangkan menerusi slot 9X di TV9.

"Pulau adalah sebuah cerita yang lari dari konsep drama biasa. Cerita berunsurkan 'thriller' ini turut mengadun elemen komedi selain dari babak yang pasti mengujakan penonton. Kalau nak tahu apakah misteri drama ini kena tunggu 22 Februari ini", jelas Azma yang pernah membintangi drama hebat seperti Antara Garisan yang juga pemenang anugerah drama terbaik Anugerah Skrin 2010.

Ketika ditanyakan GUA berkenaan isu pemilihan pelakon yang kebanyakannya sama untuk setiap cerita arahan beliau, Azma menjelaskan ini bukannya suatu isu yang diperbesar.

"Satu soalan yang bagus untuk saya ulas. Saya selesa berkerja dengan nama-nama sepeti Noorkhiriah, Sharifah Amani, Bront Palarae kerana mereka cukup bersedia ketika hadir di lokasi pengambaran. Bukan saya tak nak ambil muka baru cuma sebagai pengarah saya melihat mereka dapat menghayati watak dengan baik. Saya juga ada ambil pelakon lain dari semasa ke semasa cuma mungkin penonton tak perasan kot", ujar Azma dalam nada tenang.

"Pengarah-pengarah Hollywood seperti Tim Burton pun selesa berkerja dengan Johnny Depp. Mungkin saya suka memberi cabaran kepada pelakon-pelakon saya untuk memainkan pelbagai jenis watak. Saya jenis yang tak akan beri watak yang sama kepada pelakon yang sama. Secara tak langsung, pelakon juga boleh memberi interpretasi berbeza dengan watak yang berbeza".

Drama arahan Azma yang lain seperti Kashaf Imani juga mendapat pujian dari penonton. GUA difahamkan juga satu lagi drama arahan Azma, Amarah Hawa akan disiarkan di TV9 tidak lama lagi.

Azma yang kian selesa mengenengahkan genre kemanusiaan dan kemasyarakatan dalam karyanya berpendapat mengangkat genre sebegitu memberikan beliau kepuasan dalam berkarya sambil mengakhiri perbualan bersama GUA. GUA yakin dengan keazaman dan semangat Azma untuk terus menghasilkan karya bermutu buat tatapan peminat dapat membantu mengembangkan lagi potensi industri penyiaran tanahair.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan