Nuffnang

Rabu, 15 Februari 2012

kumpulan hujan - Google Blog Search

kumpulan hujan - Google Blog Search


GUA - BERITA ARTIS - <b>Hujan</b> Akustik Istimewa Di KLPAC, 24 Feb Ini!

Posted: 11 Feb 2012 05:25 AM PST

Mula popular di internet, Kumpulan HUJAN yang ditubuhkan pada awal 2006 boleh dianggap penggegar seni muzik tempatan masa kini. Walaupun masih hijau di pesada seni muzik, HUJAN menongkah arus dengan menghasilkan muzik yang kini menjadi trend muzik tempatan dan berjaya menakluk Manchester, Liverpool, Sheffield, Cardiff, Dublin dan London.

Tuah datang bergolek untuk sebuah kumpulan pemuzik generasi muda yang dianggotai Noh selaku vokalis dan pemain gitar, Dimas pemain keyboard, AG Coco gitaris utama, Izzat Uzaini pemain bass dan Ambobzeela pemain dram apabila mereka diberikan peluang untuk mengadakan Showcase Akustik Istimewa HUJAN.

HUJAN, pemenang anugerah Album Rock Terbaik dan Lagu Rock Terbaik (Bila Aku Sudah Tiada) di AIM16 bakal mengadakan showcase tersebut di Kuala Lumpur Performing Arts Centre pada Jumaat, 24 Februari depan bermula pukul 8.30 malam.
   
Berbekalkan tiga buah album studio dan dua EP, HUJAN dijangka akan menghiburkan peminatnya selama dua jam dengan rangkaian lagu-lagu dari EP, 1,2,3 Go hingga ke album terbaru mereka, Lonely Soldier Boy.

Persembahan tersebut yang dianggap sangat istimewa oleh HUJAN kerana ia akan dipersembahkan secara akustik dengan iringan strings selain menampilkan penyanyi undangan yang pastinya mengejutkan penonton.
   
Dijangka antara lagu yang akan dipersembahkan termasuk Bila Aku Sudah Tiada, Aku Skandal, Mencari Konklusi, Pagi Yang Gelap, Lonely Soldier Boy, Kotak Hati, Muda, Dikala Bulan Bermain Biola dan juga Cindai (mungkin).

Tiket "Early Bird Round 1" berharga RM48 telah pun habis dijual dalam tempoh sehari selepas pengumuman persembahan itu dilakukan. Harga tiket lain bagi menyaksikan persembahan tersebut adalah seperti berikut:

Early Bird Round 1- RM48 (SOLD OUT)
Early Bird Round 2- RM63 (SOLD OUT)
Full Price - RM78

Tiket boleh dibeli di Morning Rocket Distro, Bandar Sri Permaisuri, Box Office KLPAC, Box Office The Actors Studio Lot 10, Box Office PenangPAC (Penang Performing Arts Centre) atau pun secara online di www.ilassotickets.com.

Bagi pengguna Twitter, anda boleh mendapatkan maklumat-maklumat tambahan dengan menggunakan hashtag #HujanAkustik. RAINGERS, tunggu apa lagi?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan