Nuffnang

Sabtu, 4 Februari 2012

Bunkface - Google Blog Search

Bunkface - Google Blog Search


Tupai - Portal Hiburan Terkini: <b>Bunkface</b> belajar daripada kesilapan <b>...</b>

Posted: 20 Jan 2012 12:20 AM PST


Selepas kontroversi lagu "Panik" yang diharamkan dimainkan di stesen radio tempatan kerana mempunyai perkataan reformasi dalam liriknya, kumpulan punk rock Bunkface kini lebih berhati-hati dan belajar daripada kesilapan lalu.

Dipetik daripada Berita Harian, Bunkface yang dianggotai oleh Shamsul Anuar (Sam), Farouk Jaafar (Youk) dan Ahmad Farhan (Paan) lebih berhati-hati dari segi penulisan lirik untuk single yang menjadi kesinambungan kepada lagu kontroversi tersebut berjudul "Kita Perang Kita Menang" agar tidak menimbulkan sebarang kekeliruan atau salah anggap.

Ini kerana mereka tidak mahu isu yang sama berulang sekaligus enggan kumpulan mereka dikaitkan dengan mana-mana pihak.

Kedua-dua buah lagu tersebut adalah sebahagian daripada 13 buah lagu yang akan dimuatkan dalam album terbaru Bunkface yang kini dalam proses pembikinan dan dijangka menampilkan kelainan jika dibandingkan dengan album mereka sebelum ini, "Phobia Phoney" yang diriliskan pada tahun 2010.

Bakal masuk studio penghujung bulan Februari, album terbaru Bunkface dijangka siap dan berada di pasaran pada Mei akan datang.

Bunkface turut merancang untuk mengadakan siri jelajah ke seluruh negara dan kemungkinan Indonesia selepas pelancaran album.

Full content generated by Get Full RSS.

Lagu &#39;Panik&#39; <b>Bunkface</b> Digam RTM | Oh! Artis | Dunia Gosip dan <b>...</b>

Posted: 22 Dec 2011 04:53 AM PST

perfumeberry

vimax

wuuhuuonline

1 step to become a great reader:
1. Take a look one by one ads here and click it if you think you love it. Then, dare to try it.
There is no SCAM advertisement here!! We swear!!

Hantar ke Twitter! | Bookmark Share

Lagu terbaru daripada kumpulan Bunkface yang bertajuk 'Panik' tengah panas. Bukan sahaja laku di carta-carta lagu, mendapat sambutan peminat seni tanahair tetapi juga kerana isu disenarai hitam oleh Radio Telivisyen Malaysia (RTM). Isu seumpama ini bukan aneh pun. Sudah terlampau biasa lagu-lagu digam RTM lebih-lebih lagi terhadap muzik genre agresif atau keras seperti rock, pink rock, hip hop dan lagu balada pun ada terkena tempiasannya.

Kumpulan Bunkface yang terdiri daripada Sam, Youk dan Paan ini turut mendapat habuan digam pihak RTM apabila single mereka, Panik tidak dibenarkan untuk dimainkan di corong-corong radio awam RTM. Kerana apa pula digam? Tidak dinafikan, genre muzik yang dibawa dan dipersembahkan oleh Bunkface sedikit agresif. Lirik pun ditulis oleh ahli kumpulan itu sendiri berdasarkan pengalaman hidup.

Jom tengok lirik lagu Panik ini.

Mereka mengatakan dunia
Penuduhan membabi buta
Sebalik sentiasa ada makna
Konspirasinya

Kini aku diperhati
Kanan kiri diawasi
Ancaman mereka tiada henti
Aku hadapi

Biarkan ku pergi juang
Bertetangan terus dan mati
Satu dunia cinta bersedia

Biarkan ku pergi juang
Rasa yang kita idamankan
Satu dunia sudah bersedia
Sudah bersedia

Reformasi mana sakti
Sini semua beraksi
Ancaman mereka tiada makna

Kini aku dipenuhi
Bayang dipancari benci
Ancaman mereka tiada henti
Aku selami

Biarkan ku pergi juang
Berkorban dan terus mati
Satu dunia sudah bersedia

Ku selalu berasingan jauh
Dan ku biarkan mulut celakamu
Kan ku tunggu tunggu *
Ditentukan padaku padamu
Pada mereka yang setuju

Mencetuskan kontroversi apabila dua perkataan dalam liriknya iaitu 'reformasi' dan 'celaka' menjadi alasan pihak Unit Panel Penilai Lagu Tempatan (PPTL) menganggap tidak sesuai disiarkan oleh RTM. Perkataan itu kasar dan tidak sopan untuk diperdengarkan kepada umum melalui siaran radio mahupun televisyen. Walaupun begitu, PPTL menegaskan bahawa terpulang kepada stesen-stesen swasta yang lain sama ada mahu menyiarkan lagu Panik itu atau tidak. Ini kerana RTM tidak pernah mengharamkan lagu tersebut untuk disiarkan di corong-corong stesen radio lain.

Ahli kumpulan Bunkface sendiri menganggap ia kejadian yang pelik terhadap mereka.

"Mengapa perkataan 'reformasi', itu harus dikaitkan dengan politik? Tidak semestinya kerana kita boleh juga gunakan reformasi untuk diri sendiri. Namun, setakat ini, radio lain tiada masalah dengan lagu tersebut. Jika di Malaysia tidak boleh menggunakan perkataan reformasi itu sendiri, pendapat saya, baik hapuskan sahaja ia daripada kamus. Jika benar tidak boleh, biar ia jangan digunakan langsung. Lirik lagu ini tiada kena mengena dengan mana-mana pihak serta unsur politik. Penggunaan perkataan itu bukan bertujuan untuk memaki seseorang ataupun mencerca sebarang situasi. Saya ambil satu contoh, jika lirik kami terlalu kesat, bagaimana pula dengan dialog-dialog yang menggunakan banyak perkataan kesat dalam filem-filem Melayu lama kita yang telah ditonton umum oleh segenap lapisan masyarakat," kata mereka yang tetap bersyukur kerana lagu tersebut tidak digam oleh stesen radio lain.

Namun jika mahu diselak semula permasalahannya, kedua-dua perkataan reformasi dan celaka yang digunakan dalam lirik lagu Panik tidak langsung menjurus ke arah sama ada politik, isu keagamaan ataupun menyentuh sensitiviti masyarakat. Mungkin pihak RTM boleh menapis perkataan yang digunakan sahaja jika bercanggah dengan etika serta kriteria yang tidak bersesuaian. Janganlah digam keseluruhan karya artis tempatan kita. Lagi senang, pencipta lirik gunaje lah bahasa yang indah-indah sudahlah. Dulu lain, sekarang lain u ols…

OH ARTIS : SERONOK TENGOK FILEM LAMA-LAMA DI TV DAN LAGU-LAGU DI RADIO YANG MASIH ADA BAHASA-BAHASA PASAR DAN JUGA TETTTTTT.. AHAKS.

Full content generated by Get Full RSS.

BF Rockstation kumpulan <b>Bunkface</b> | Lirik

Posted: 16 Jan 2012 09:26 PM PST

Kumpulan popular Bunkface yang popular dengan lagu 'Panik' ini telah membuka BF Rockstation yang menempatkan butik pakaian dan aksesori, studio jamming dan juga pejabat pengurusan artis, acara dan produksi TV milik mereka.
"BF Rock Station adalah hasil duit poket kami sendiri. Secara kasar kami telah belanjakan RM200,000 untuk projek ini. Selain menjual pakaian dan aksesori kepada peminat, kami juga menempatkan studio jamming dan juga pejabat pengurusan bagi memudahkan semua urusan karier kami nanti. BF Rock Station dibuka dari jam 10 pagi hingga jam 2.00 pagi. Untuk makluman, studio ini bukan untuk kegunaan kami sahaja, tetapi ia juga boleh disewa dengan kadar yang berpatutan. Memang saiz studio tidak terlalu besar, tetapi ia cukup selesa untuk kegunaan pemuzik," ujar Paan.

Bercerita tentang pakaian dan aksesori yang dijual, Paan memberitahu semua baju, seluar, topi, jam tangan dan pelbagai barangan cenderamata yang lain adalah pilihan Bunkface sendiri.

"Memang design kami tidak buat sendiri, tetapi kami ada melantik agen untuk menghasilkan rekaan pakaian yang kami mahu. Semua corak itu tidak mewakili mana-mana fahaman, sebaliknya ia semata-mata ekspresi fesyen yang kami gemari. Satu lagi keistimewaan butik ini ialah, peminat juga berpeluang mendapatkan beberapa barangan peribadi Bunkface. Buat masa ini kami ada sebuah gitar dan papan luncur air yang boleh dijadikan barangan koleksi. Selain barangan daripada Bunkface, peminat juga boleh dapatkan barangan daripada Abstraxx Jingga, Medea Project, Surf Board, Vans dan beberapa jenama lain," ujar Paan lagi.

Jadi untuk semua Bunkers (gelaran buat peminat Bunkface) di luar sana, jangan lupa singgah ke BF Rock Station yang terletak di 9-1, SS15/8B, Subang Jaya, Selangor.

BF Rockstation kumpulan Bunkface @ Lirikami

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan