Nuffnang

Sabtu, 4 Februari 2012

Tiz Zaqyah - Google Blog Search

Tiz Zaqyah - Google Blog Search


Tupai - Portal Hiburan Terkini: Cinta Aeril Zafrel & <b>Tiz Zaqyah</b>

Posted: 02 Feb 2012 06:03 AM PST

Tiz Zaqyah sememangnya mula mencipta nama dalam bidang lakonan melalui drama bersiri terkenal, "Nur Kasih" yang kemudiannya dibawa ke layar perak. Aeril Zafrel pula boleh dikatakan seorang pelakon baru yang mula dikenali selepas membintangi filem "Aku Tak Bodoh". Masing-masing masih lagi berusia awal 20-an dan baru setahun jagung dalam bidang seni tanah air.

Filem arahan Nizam Zakaria, "Cinta Kura-Kura" yang diterbitkan oleh KRU Studios merupakan filem kedua buat kedua-dua pelakon ini. Menggunakan teknologi tiga dimensi, filem komedi romantik ini bakal ditayangkan di pawagam pada 1 Mac 2012.

Ikuti temubual kami bersama dua peneraju utama "Cinta Kura-Kura".

Hai Aeril dan Tiz! Boleh berkongsi dengan kami mengapa anda bersetuju untuk menerima tawaran berlakon dalam filem "Cinta Kura-Kura" (CKK) ini?
Aeril: Pertama kali saya menerima skrip CKK, saya merasakan ia adalah satu karya yang cukup istimewa. Ia adalah sebuah filem komedi romantik fantasi yang cukup berbeza. Sangat sukar untuk saya katakan 'tidak' kepada tawaran ini.

Tiz: Ini adalah kali pertama saya menerima peluang untuk bekerjasama dengan syarikat KRU Studios. Saya merasakan CKK mempunyai sebuah jalan cerita yang menarik serta konsep yang segar. Oleh itu saya membuat keputusan untuk menerimanya.

Ceritakan watak anda dalam filem CKK.
Aeril: Saya memegang watak sebagai Adam. Bagi saya, watak ini ada sedikit persamaan dengan diri saya. Adam adalah seorang yang lurus dan perlahan seperti kura-kura. Dia tidak pernah mempunyai kekasih atau hubungan cinta sehinggalah dia bertemu Nani yang dilakonkan oleh Tiz Zaqyah.
Tiz: Saya pula memegang watak sebagai seorang remaja perempuan bernama Nani. Kehidupan dan dirinya adalah seperti animasi dan berwarna-warni dan ceria. Nani menetap bersama abangnya dan binatang peliharaan iaitu seekor kura-kura. Dia mempunyai perasaan terhadap jirannya, Adam.

Sebelum ini nama Aeril tidak begitu dikenali dalam industri lakonan. Kini anda bergandingan dengan aktres popular dan cantik seperti Tiz Zaqyah. Apakah perasaan anda?
Aeril: Saya rasa sangat dihargai apabila diberi peluang ini kerana ia membuktikan kemampuan saya sebagai seorang pelakon. Bergandingan dengan Tiz adalah satu bonus. Pada mulanya agak berdebar dan malu tetapi Alhamdulillah saya mampu mengatasinya. Malah senang serasi dengan barisan pelakon lain atas kerjasama semua pihak yang terlibat.

Bagaimana pula pendapat Tiz yang selama ini dikenali dengan watak Nur Amina dalam "Nur Kasih", kini watak anda lebih 'happy go lucky' dan tidak terlalu berat?
Tiz: Memang selama ini saya sinonim dengan watak-watak berat dan kebanyakan watak lebih tua daripada umur saya yang sebenar. Namun sebagai Nani, saya banyak menjadi diri saya yang sebenar. Watak ini tidak memerlukan penggunaan emosi terlalu banya. Cuma cara lakonan perlu berbeza kerana saya kena berinteraksi dengan haiwan. Oleh itu daya imaginasi perlulah kuat!

Bagaimana pula perasaan Tiz apabila digandingkan dengan Aeril Zafrel? Sukarkah untuk mendapat keserasian?
Tiz: Pada mulanya saya boleh lihat Aeril sememangnya malu. Namun ia tidak mengambil masa yang lama untuk kami serasi. Mungkin faktor utama adalah usia kami yang sama. Jadi pengalaman yang kami lalui tidak jauh beza dan senang untuk berkomunikasi dengan cara kami sendiri.


Adakah anda mengalami sebarang cabaran atau kesukaran sepanjang penggambaran CKK?
Aeril: Memang ada kerana kura-kura pun ada mood tersendiri juga. Sebagai contoh, ia enggan keluarkan kepalanya apabila saya berdialog dengannya. Merajuk dengan saya, mungkin? (ketawa)
Tiz: Watak saya tidak mempunyai banyak adegan yang memerlukan saya berinteraksi dengan kura-kura jika dibandingkan dengan watak Adam. Kesukaran yang terpaksa dihadapi apabila bekerja dengan haiwan adalah mereka tidak memahami arahan. Kadangkala ia memakan masa yang lama untuk mendapat syot tertentu. Daya imaginasi perlu kuat kerana kita hanya menggunakan skrip sebagai rujukan.

Soalan terakhir. Apakah perasaan anda berdua apabila bekerjasama dengan KRU Studios buat pertama kali?
Aeril: Produksi KRU sangat kreatif. Cara mereka bekerja dan layanan yang diberikan oleh mereka sangat profesional. Jika ada rezeki pada masa akan datang, saya ingin bekerjasama dengan mereka lagi. Mudah-mudahan.
Tiz: Saya amat teruja apabila mendapat peluang bekerjasama dengan mereka kerana mereka seringkali tampil dengan idea yang segar dan menarik. Produksi mereka sangat teratur kerana mempunyai pasukan yang besar. Apabila dikaitkan dengan KRU, pasti ramai yang menjangkakan sesuatu yang baru dan besar.

Terima kasih kalian berdua dan semoga berjaya dengan CKK dan karier anda!
Aeril & Tiz: Sama-sama!

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan