Pierre Andre - Google Blog Search |
<b>Pierre Andre</b> – Tidak Tahu Status Percintaan Sendiri | Posted: 25 Jan 2012 03:34 AM PST Sebelum ini Pierre Andre pernah menyatakan yang dia sedang bercinta dengan seorang gadis bertaraf kerabat diraja malah dia pernah menyatakan hasrat akan mengahwini gadis itu. Namun Pierre, telah memberitahu kepada laman Murai yang dia dan gadis itu sudah terputus hubungan.
Malah, Pierre telah menyerahkan soal cinta kepada takdir:-
Pierre yang merupakan bekas teman lelaki Yana Shamsuddin ini pernah menggemparkan dunia hiburan apabila terbabit hubungan cinta dengan seorang wanita yang 'tidak wujud'. Wanita itu, bernama Maya Darina Dahlan Hain dikatakan sekadar watak samaran seorang yang mengenali Pierre, namun kesahihannya tidak dapat dipastikan. Apa pun kami bersetuju yang Pierre perlu lebih fokus kepada kerjaya untuk bersaing dengan pengarah-pengarah muda yang lain bagi menghasilkan filem-filem bermutu. Yang lepas, jangan dikenang. Move on, and forward! Baca Yang Ini Pulak:- |
GUA - BERITA ARTIS - <b>Pierre Andre</b> Bercinta Dengan Pembantu <b>...</b> Posted: 01 Feb 2012 09:31 PM PST Selepas muncul dengan filem seram, 'Al-Hijab', tahun lalu, pengarah muda, Pierre Andre kini membuka tirai 2012 dengan filem terbarunya bertajuk 'Chantek'. Filem kedua terbitan Empat Semudra Plantation Sdn Bhd ini bukan saja menampilkan Pierre sebagai pengarah, malah sebagai pelakon, penulis skrip dan juga penulis lakon layar. "Chantek merupakan sebuah karya yang saya sayang. Skrip filem ini saya dah simpan lama di mana waktu itu penerbit David Teo minta saya menulis sebuah filem untuk pelakon Acha Septriasa. Ketika itu Acha baru melanjutkan pelajaran di Malaysia. Namun, kerana tidak lagi bekerjasama dengan David waktu itu, skrip itu hanya tersimpan saja," ujar Pierre ketika ditemui di majlis tayangan eksklusif filem 'Chantek', baru-baru ini. Mengisahkan tentang percintaan seorang pelakon dengan pembantu rumah, filem komedi romantik ini menampilkan pelakon baru dari Indonesia, Nurul Ekasari sebagai heroin filem. Difahamkan, dek kerana inginkan watak yang 'cocok', pengarah berusia 26 tahun ini sanggup terbang ke Indonesia bagi mencari gadis yang sesuai untuk memegang watak Chantek. "Bukan senang untuk mencari pemegang watak Chantek. Watak ini mestilah pandai bertutur bahasa Indonesia, berkebolehan bersuara seperti lelaki dan juga menari, kerana ini semua adalah tuntutan untuk perwatakan tersebut. Selama seminggu kami berkampung di Indonesia, dan akhirnya Nurul dipilih dari kira-kira 700 peserta yang hadir," ujar Pierre menolak kononnya pelakon Malaysia tidak bagus. "Bukan tidak mahu memilih pelakon Malaysia, tapi watak ini memang sesuai dengan orang Indonesia. Secara jujur, susah nak cari pelakon yang cantik dan bagus, tapi di sana, saya pening sebab semuanya bagus. Bukan memandang rendah dengan pelakon-pelakon di Malaysia, tapi populasi kita kurang dari mereka dan sebab itulah pilihan di sana banyak. "Di sini ada yang datang tidak bersedia, namun di sana mereka bersedia dari segala segi. Semua yang datang bagus tapi Nurul berjaya sempurnakan watak yang diberi. Saya pilih Nurul berdasarkan wajah dia yang ada sifat kenaifan di mana sesuai dengan karakter sebagai pembantu rumah." Selain Nurul dan Pierre, filem yang menelan kos RM1.4 juta ini turut menampilkan Kin Wah, Abon, Man Kidal, Maimon Mutalib, Yuhang dan Zarina Anjolie sebagai cameo. Mengambil masa selama 30 hari penggambaran di sekitar Cherating dan Kuala Lumpur, filem 'Chantek' bakal berada di pawagam pada 16 Februari ini. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Pierre Andre - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan