Nuffnang

Sabtu, 4 Februari 2012

Remy Ishak - Google Blog Search

Remy Ishak - Google Blog Search


Tiz Zaqyah & <b>Remy Ishak</b>-Drama Runtuhnya Sebuah Dosa <b>...</b>

Posted: 01 Feb 2012 12:21 AM PST

Tentu ada yang masih ingat lakonan Tiz dan Remy dalam Cerekarama Aduh Sayang tempoh hari. Sweet sangat tengok lakonan mereka menjadi suami isteri dalam drama tersebut. Kini sekali lagi mereka ditemukan dalam drama sempena Maulidur Rasul. Kali ini drama bertajuk Runtuhnya Sebuah Dosa lebih berbentuk islamik dan sarat dengan pengajaran.


Sinopsis Runtuhnya Sebuah Dosa
Tragedi tanah runtuh telah menjadi titik baru di dalam kehidupan dua keluarga yang menjalani kehidupan yang berbeza. Shahdan mengahwini Manisa dan mempunyai dua anak iaitu Emelda dan Daniel. Mereka menjalani kehidupan yang sosial manakala Mansur berkahwin dengan Cempaka dan dikurniakan dua anak iaitu Rashidi dan Amira.

Cempaka begitu tabah menghadapi kematian Mansur akibat tragedi itu namun Manisa tidak dapat menghadapi kematian Shahdan. Setelah terjaga dari koma Emelda menginsafi segala perbuatannya dan dia mula rapat dengan Rashidi yang membantunya ke jalan yang benar. Namun Danial tidak dapat menerima perubahan dalam diri Emelda tetapi segalanya berubah setelah dia mendapat bayangan arwah bapanya.

Antara pelakon hebat yang membintangi telefilem arahan Erma Fatima ini antaranya Tiz Zaqyah, Puteri Fatin, Beto Kusyairy, Remy Ishak, Aziz Singah, Azizah Mahzan, Datuk Rahim Razali, Liza Zain.


Runtuhnya Sebuah Dosa bakal ditayangkan pada 5 Februari 2012 pukul 10.00 malam di TV3.
Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan