Elly Mazlein - Google Blog Search |
- <b>Elly Mazlein</b> Cedera Sebab 'Amukan Pocong?'
- <b>ELLY MAZLEIN</b> KAHWIN DISEMBER INI
- <b>Elly Mazlein</b> Nikah Duda Disember Depan – Perak Today
<b>Elly Mazlein</b> Cedera Sebab 'Amukan Pocong?' Posted: 29 Feb 2012 08:32 PM PST PETALING JAYA – Gara-gara cuba untuk menghayati watak sewaktu pengambaran drama bersiri 'Amukan Pocong', dahi kiri penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein cedera hingga meninggalkan kesan yang jelas di wajahnya itu. Kecederaan itu jelas kelihatan sehingga ramai yang menegurnya ketika dia berada di majlis pelancaran drama tersebut di Sri Pentas, TV3 baru-baru ini. "Saya jatuh ketika berlari untuk satu babak dalam drama ini. Masa lari, saya tergelincir dan kepala saya tersagat di atas kayu. Waktu itu tak banyak darah, tapi semua panik dan minta saya berehat dulu. "Penerbit Kak Nor Aliah Lee sangat prihatin dan baik kerana dia bawa saya pergi jumpa pakar," kata Elly dalam laporan berita Gua.com. Dalam perkembangan lain, gadis yang sudah mengikat tali pertunangan dengan pengarah, Azmi Hata, Elly teruja untuk menantikan saat akan bergelar seorang isteri kepada lelaki duda beranak dua itu. Walaupun dirinya sedikit sibuk dengan kerjayanya, Elly masih mampu untuk melakukan persiapan perkahwinannya yang bakal berlangsung pada November ini walaupun tarikh awal pernikahan sepatutnya dijadualkan Februari lalu. "Setakat ini persiapan perkahwinan kami sudah pun 50 peratus siap. Diakui, saya dah tak sabar dan teruja untuk bergelar isteri kepada Azmi. "Sudah tentu saya gembira kerana nak hidup dengan orang yang kita cintai. Saya harap orang doakan yang terbaik untuk majlis ijabkabul saya," katanya. Dalam kesibukan menguruskan majlis perkahwinannya, Elly juga bakal melakukan kemunculan semula dalam bidang nyanyian menerusi single lahu terbarunya, Please Forgive Me dan Kata Saja I Love You. Oleh: NAIMAH SHAARI Iklan Teks:Berita Berkaitan: |
<b>ELLY MAZLEIN</b> KAHWIN DISEMBER INI Posted: 29 Feb 2012 06:00 PM PST Pelakon dan penyanyi, Elly Mazlein mengakui, sejak bergelar tunangan orang pada Mac tahun lalu, dia mula berasa teruja untuk bergelar isteri yang dirancang pada Disember ini. Elly yang bertunang dengan pengarah Azmi Hata berkata, dia sudah bersedia bergelar isteri sejak memutuskan untuk sehidup semati dengan duda beranak dua itu, malah ingin merasai susah senang bekerluarga. "Setakat ini persiapan perkahwinan kami sudah pun 50 peratus siap. Diakui, saya dah tak sabar dan teruja untuk bergelar isteri kepada Azmi. "Alhamdulillah, melalui kehidupan sebagai tunangan orang tidaklah sesukar mana. Setakat merajuk sikit-sikit kerana sibuk dengan kerja masing-masing itu biasalah," katanya. Elly dan tunangnya, Azmi. Memilih Eila Faizshah dan Linda Rahim sebagai pereka busana perkahwinannya, dia bersyukur, pihak keluarganya turut terlibat membantu dalam urusan persiapan majlis berkenaan. "Kalau boleh saya mahu berkahwin sekali dalam seumur hidup dan pastinya saya mahukan sesuatu yang indah di majlis perkahwinan saya nanti. Cuma biarlah ia diadakan sederhana dan ala kadar sahaja," tuturnya yang bakal menerima wang hantaran sebanyak RM11,111.11. sumber: mStar Online |
<b>Elly Mazlein</b> Nikah Duda Disember Depan – Perak Today Posted: 29 Feb 2012 12:03 PM PST MENGIKAT tali pertunangan bersama pengarah, Azmi Hata yang juga merupakan seorang duda anak dua, pada pertengahan tahun lalu, pelakon dan penyanyi Elly Mazlein memilih Disember ini untuk diijabkabulkan. Jelas Elly Mazlein, bulan tersebut dipilih memandangkan sambutan ulang tahun kelahirannya yang jatuh pada tanggal 17 Disember. "Kami akan bernikah pada penghujung tahun ini iaitu bulan Disember sempena bulan kelahiran saya. Namun tarikhnya masih belum lagi ditentukan kerana diikutkan saya mahu buat pada 17 Disember tetapi tarikh itu jatuh pada hari bekerja. "Kalau boleh saya mahu majlis diadakan pada hujung minggu supaya semua sanak saudara dapat hadir memeriahkannya," katanya membuka bicara mengenai tarikh pernikahannya. Bakal menerima wang hantaran bernilai RM 11, 111. 11 sebagai tanda simbolik dirinya yang mengemari angka satu, kata wanita berusia 31 tahun itu lagi, seboleh mungkin dia mahu majlis pernikahan dan persandingannya itu diadakan serentak pada hari yang sama bagi memudahkan segalanya. "Kami bercadang untuk mengadakan majlis nikah dan bersanding pada hari yang sama untuk menyenangkan semua pihak. "Lebih mudah kerana saudara mara dan kenalan hanya datang pada hari itu sahaja,"jelasnya lokasi majlis tersebut masih lagi belum ditetapkan. Mengakui teruja menantikan saat diijabkabulkan, Elly berkata, persiapan perkahwinannya hampir 50 peratus siap. Dia bersyukur apabila pihak keluarga mahupun sahabat handai membantu meringankan persiapan perkahwinannya. Memilih mengayakan baju rekaan Eila Faizshah dan Linda Rahim, pelantun lagu Bicara Kasih ini berharap agar majlis raja seharinya kelak dapat diabadikan sebagai kenangan terindah buat dirinya dan pasangan serta tetamu yang hadir. "Saya memang mahu sesuatu yang istimewa sempena hari berkenaan. Kita kahwin ini kalau boleh hanya sekali dalam seumur hidup jadi pastinya saya mahukan segalanya indah dan istimewa. Namun tidaklah saya sampai mahu membazir cukuplah ala kadar,"katanya yang memilih untuk mengayakan busana berona lembut. Dalam pada itu, Elly mengakui sepanjang tempoh pertunangan tiada insiden kurang indah dialami mereka memandangkan banyak cabaran yang akan ditempuhi bagi pasangan bertunang. Sebaliknya, kata Elly, hanya ada kalanya dia merajuk kerana tidak mempunyai masa untuk bertemu dengan tunangnya itu akibat kesibukkan dengan tugas masing-masing. - murai.com |
You are subscribed to email updates from Elly Mazlein - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan