Nuffnang

Rabu, 29 Februari 2012

Zizan Razak - Google Blog Search

Zizan Razak - Google Blog Search


Hangat | <b>Zizan Razak</b>, Juliana Evans Lepas Rindu Melalui Skype <b>...</b>

Posted: 28 Feb 2012 08:52 PM PST

Rasanya ramai yang sudah sedia maklum dengan hubungan baik antara Zizan Razak dan pelakon Juliana Evans. Malah mereka dikatakan sedang hangat bercinta walaupun tuan punya badan tidak menafikan mahupun mengiyakannya.

Mereka yang mula menjalinkan hubungan sejak setahun lalu, kini terpaksa berpisah berpuluh ribu batu kerana Juliana Evans kini berada di Michigan, Amerika Syarikat (AS) bagi melanjutkan pelajaran di sana.

"Eh! Saya ok saja. Tetapi rindu itu memang ada. Mana boleh tak rindu. Bukankah kami sudah lama tidak berjumpa. Tapi kerana saya tahu dia ke sana atas urusan belajar dan mengejar cita-cita dia, saya selaku teman sentiasa memberi sokongan kepadanya. Kami ada berhubung antara satu sama lain. Adakalanya di Skype atau pun telefon. Kalau ada masa terluang memang saya akan cuba menghubunginya.

"Masalah utama adalah masa kerana kalau kita siang di sini, dia malam di sana. Jadi kadang-kadang sempat bertanyakan khabar sekejap sahaja," ujar Zizan.

Dua tahun pemergian Juliana ke AS bukanlah satu tempoh masa yang singkat. Namun bagi Zizan, jika persahabatan mereka itu ikhlas, tiada apa yang perlu dirisaukan. Ketika diajukan soalan tidakkah mereka mahu mengikatkan tali pertunangan supaya hubungan yang terjalin akan berada dalam keadaan selamat.

"Macam mana nak ikat, orangnya pun tak ada di sini. Cukuplah sekarang ini kami bersahabat saja. Saya tahu dia macam mana dan dia tahu saya bagaimana,"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan