Nuffnang

Ahad, 5 Februari 2012

Faezah Elai - Google Blog Search

Faezah Elai - Google Blog Search


<b>Faezah Elai</b>-tidak gemar hal peribadi digembar-gemburkan | EH!

Posted: 30 Apr 2011 09:01 AM PDT

elai Faezah Elai tidak gemar hal peribadi digembar gemburkan

Daripada seorang pramugari kepada seorang pengacara, kini dia bergelar aktres tanah air yang semakin mendapat perhatian ramai pengarah drama dan filem. Namun, di sebalik kegigihannya membina nama sebagai penggiat seni, dia tidak dapat lari daripada pelbagai kontroversi hingga menyebabkannya berasa kurang selesa dengan segala perhatian yang diberikan. EH! mendalami perasaan gadis bernama Faezah Elai dan mendapatkan penjelasan mengapa dia berasa sedemikian.

0608 Faezah Elai tidak gemar hal peribadi digembar gemburkan

Apa yang boleh dikatakan mengenai pelakon ini, Faezah Elai mempunyai pakej yang lengkap untuk terus menguasai kerjaya yang dilaluinya kini. Berwajah cantik, bertubuh kurus, senyuman yang menawan juga bakat yang dimiliki tidak mampu menidakkan kemampuannya untuk bergelar aktres mahupun pengacara yang diminati ramai.

Rasanya, sudah ramai yang mendengar desas-desus mengenai berita Faezah kini disunting seorang jejaka misteri. Lantas, saya tidak membuang masa dengan terus bertanyakan kepadanya sama ada benar atau tidak berita yang kian tersebar itu.

Ya, ternyata berita itu benar. Namun Faezah tidak mahu menceritakan identiti lelaki yang berjaya menambat hatinya hingga bersetuju untuk diperisterikan insan bertuah itu.

 "Kami berkawan tidak sampai setahun selepas bertemu buat pertama kali ketika keluar minum bersama rakan-rakan. Dia juga berasal dari Pulau Pinang tetapi dia bukanlah seorang artis. Di mata saya, dia seorang lelaki yang berhati baik, good looking, romantic and above all, he is always there when I need him the most."

"Cara dia melamar untuk mengahwininya juga tidak mampu saya lupakan. Bayangkan, dia melutut di hadapan saya juga orang ramai dan membuat lamaran tanpa cincin dan bunga. Haha! It was embarrassing. Bagaimanapun, dia tidak menghalang saya untuk terus berlakon walaupun sudah berkahwin tetapi perlu ada had dalam adegan dan watak yang ditawarkan. "

1026 Faezah Elai tidak gemar hal peribadi digembar gemburkan

0661 Faezah Elai tidak gemar hal peribadi digembar gemburkan

Dalam keikhlasannya menjawab setiap soalan yang saya ajukan, Faezah tidak terkecuali daripada meluahkan perasaannya mengenai kehidupan peribadinya yang kini semakin menjadi perhatian dan bahan bualan orang ramai yang dianggapnya sebagai no privacy at all.

"Saya seronok mengacara dan berlakon tetapi saya tidak sukakan kemasyhuran. Fame just stresses me out seolah-olah saya tidak dibenarkan membuat kesilapan walau kecil mana sekalipun.

Dulu, ketika saya belum dikenali, saya rasa lebih senang dan bebas. Jujurnya, I am not an interesting person and I don't like people judging me. Saya sedar saya tidak sepatutnya berkata demikian tetapi saya terpaksa terus berdepan dengan situasi ini dan saya bersyukur kerana mempunyai ramai rakan-rakan yang supportive."

1041 Faezah Elai tidak gemar hal peribadi digembar gemburkan

Untuk melihat keadaan belakang tabir ketika Faezah memberikan pose sebagai gadis muka depan EH! isu Mei '11, saksikan klip video di bawah!

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan