Nuffnang

Ahad, 5 Februari 2012

rosyam nor - Google Blog Search

rosyam nor - Google Blog Search


Tupai - Portal Hiburan Terkini: <b>Rosyam Nor</b>: Usia bukan penghalang

Posted: 28 Jan 2012 08:10 PM PST

Bagi peminat yang sememangnya menantikan kemunculan beliau di layar perak pasti gembira dengan perkhabaran ini. Mohd Noor Shamsuddin atau lebih dikenali dengan Rosyam Nor merupakan antara pelakon yang membintangi filem prekuel "KL Gangster 2".

Memegang watak Tailong dalam filem ini, ia merupakan watak yang memerlukan aksi berani dan mencabar serta boleh dikatakan paling ganas.

Rosyam memberitahu Berita Harian bahawa beliau teruja membintangi filem ini kerana sudah lama tidak mendapat tawaran watak yang menguji kemampuannya.

"Saya langung tidak boleh menolak bahkan berterima kasih kerana diberi tanggungjawab untuk memikul watak sebegini.

"Peluang yang diberikan Skop Production Sdn Bhd (SPSB) kepada saya menunjukkan bahawa saya masih mampu untuk melakonkan watak ganas sebegini walaupun usia sudah meningkat," ujar Rosyam yang akui karakter tersebut akan memberi impak kepada kariernya.

Kebanyakan aksi lagak ngeri yang dilakukan dalam filem ini merupakan hasil perbincangan Rosyam bersama pengarah.

"Ada beberapa lagak ngeri yang dilakukan oleh saya sendiri tanpa bantuan pelakon lagak ngeri. Bagi saya, ia merupakan penghargaan kepada pengarah dan mahu berikan yang terbaik untuk filem ini."

Filem garapan pengarah muda Syamsul Yusof ini bakal ditayangkan pada tahun ini dan turut dibintangi oleh Aaron Aziz, Ady Putra, Shoffi Jikan dan ramai lagi.

Full content generated by Get Full RSS.

DEAR HAFFIZ!: Aaron Aziz Cedera Bergaduh Dengan <b>Rosyam Nor</b>!

Posted: 10 Jan 2012 06:28 PM PST

Assalammualaikum dan Salam sejahtera
Pelakon filem terkenal Ombak Rindu, Aaron Aziz telah dilaporkan mengalami kecederaan pada bahagian kaki. Alamak, hero filem dah sakit ni macam mana? Habislah lepas ni tak ada filem abang Aaron lagi hehe. Opps! tak de lah just kidding!. Aaron Aziz dikatakan mengalami kecederaan tersebut akibat pergaduhan dengan Rosyam Nor. Fuyoo! hero gaduh sama hero tu. Gila lah!. Nanti...nanti.. jangan fikir lain pulak. Actually itu hanyalah salah satu scene yang dilakonkan dalam filem KL Gangster 2!
Bikin HOT je!. Semasa Aaron Aziz sedang melakukan scene pergaduhan bersama Rosyam Nor. Dia(Aaron) telah terjatuh daripada atas bumbung kereta. Silap step la tu. Safety tak de ke masa berlakon?
"Ketika terjatuh dari atas kereta, keadaan saya masih terkawal dan tidak berasa kesakitan, tetapi sejak Ahad lalu kaki saya mula berdenyut-denyut dan semakin sakit malam Isnin," kata Aaron Aziz.
So, ikut report abang Aaron korang ni tak de lah teruk sangat. Kata doktor cuma bengkak kaki je. Tak payahlah fans dia yang dekat luar tu nak heboh sangat pasal hero kesayangan diorang. Everything is fine. Wah, Apis dah macam penyampai berita pula kan.
Nak tau cerita lanjut pasal Aaron Aziz Bergaduh Dengan Rosyam Nor >> CLICK HERE!

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan