KHAIRUL FAHMI CHE MAT AKA APEK HANGAT BERCINTA DAN KELUAR DATING DENGAN JANDA HOT NORA DANISH?

lagi kontoversi hangat tentang penjaga gol malaysia khairul fahmi che mat aka apek yang kini dikaitkan sedang mengenali hati budi nora danish dan di khabarkan telah keluar "dating" beberapa kali untuk mengenali hati budi masing-masing.adakah mereka sedang dilamun cinta dan sedang hangat bermadu kasih?

berdasarkan petikan dari kosmo itu, nora danish dan khairul fahmi bukan sahaja saling berbalas twitter dan facebook malahan turut pernah bertemu 4 mata bagi mengenali dengan lebih mendalam hati budi masing-masing.

khairul fahmi che mat yang memang terkenal dengan kontoversi hebat membabitkan wanita memang tidak asing lagi dengan gosip-gosip sebegini.malahan ada pihak mekategorikan khairul fahmi sebagai "kaki perempuan" atau "play boy"

diharapkan khairul fahmi menjaga tingkah laku. jika terus berlarutan dengan kontoversi begini, kemungkinan peminat akan "jelek" dengan anda. jadilah pemain yang bagus, hebat dan bersih seperti safee sali. – illustrasiaku.com

Petikan dari Kosmo Online :

INDAH juga perkhabaran yang dibawa sanga bayu. Ini cerita pasal janda bergetah si Nora Danish. Bukan apa, Diva cukup senang hati kalau tengok wanita tabah ini sedang diulit bahagia. Tumpang senyum sekaki.

Sejauh mana kebenaran, Diva belum lagi nampak dengan mata Diva. Tapi ada khabar yang membisikkan bahawa usikan antara Nora dan pemain bola sepak, Khairul Fahmi yang kacak itu bukan hanya berlaku di laman sosial Twitter dan diusik teman-teman. Rupanya dengar khabar, pasangan ini sudah bertemu dan berkenalan.

Ada teman yang memberitahu bahawa perkenalan empat mata Nora dan Apek sudah berlaku dan berlanjutan dengan beberapa pertemuan. Teringin juga Diva terserempak dan senyum-senyum dekat pasangan ini. Dua-dua pun sama cantik sama kacak. Tapi nak pandang dari jauh sahaja sebab tak mahu kacau sesi perkenalan dua hati.

Bertemu dan bertemu, hati tak tersangkut ke? Manalah tahu tiba-tiba ada pengumuman, Diva tumpang suka.