Faizal Hussein - Google Blog Search |
[Video-Wajib Tonton] <b>Faizal Hussein</b>, Osman Kering, Shaheizy Sam <b>...</b> Posted: 01 Feb 2012 06:42 AM PST TM tidak dapat menonton video-video di atas sepenuhnya kerana talian beruk band lambat macam siput. Namun berdasarkan tulisan di beberapa blog termasuk di Ameno, rasanya TM boleh mengagak hujah-hujah mereka yang menghentam Bersih 2.0, Pakatan Rakyat, Reformasi, tokoh PR, dan sebagainya. Soal mereka mahu menganut ajaran parti politik pilihan hati, bukanlah persoalan di sini. Itu hak demokrasi masing-masing. Yang menjadi persoalan apabila mereka menggunakan pengaruh untuk mengelirukan rakyat dengan mengeluarkan hujah (berskrip kot) menghentam sesuatu tanpa menyelidik hal itu dengan mendalam tetapi hanya mendengar pandangan daripada satu pihak dan merujuk kepada maklumat media pencacai yang kita maklum peranan mereka untuk "cover up" pihak kerajaan. Yang menjadi persoalan apabila dengan mudah mereka melabelkan sesuatu sebagai HARAM, hanya semata-mata kerajaan menganggapnya haram. Sejak bila demonstrasi aman diharamkan? Mudah sahaja artis ini melabel orang "Mereka tidak tahu apa-apa", "Mereka diupah", "Mereka dibayar", "Mereka ikut-ikutan", "Jangan mudah mempercayai orang yang mahu menghuru-harakan negara". Sepatutnya, cermin diri sebelum berkata begitu! Jika artis-artis ini memberikan pendapat secara peribadi, walaupun jauh menyimpang daripada kebenaran, rasanya ada orang yang boleh menerimanya. Mungkin orang ramai akan melabelkan artis ini jahil, mungkin tidak cerdik, atau tidak menyelidik terlebih dahulu sebelum memberikan pendapat. Namun jika artis ini sanggup menjadi boneka, diperbodohkan, diperhambakan demi wang atau kepentingan peribadi, rasanya bukan saja TM, malah majoriti rakyat Malaysia ini akan menyumpah seranah artis-artis ini. Jangan kerana kepentingan jangka pendek, artis-artis ini kehilangan sokongan dan rasa hormat peminat pada kemudian hari. Dari satu sudut, TM tidak fikir pendapat mereka ini pendapat spontan, tanpa skrip, atau tanpa ada pengarah yang menjadi orang penting di balik pembikinan video ini. Tambah-tambah apabila mendengar Osman Kering menghuraikan siapa Datuk Ambiga, begitu juga saranannya yang mendesak rakyat mengekalkan kerajaan yang sedia ada. Dia yang mula-mula mengaku tidak tahu tentang tujuan Bersih dan sebagainya, tiba-tiba tahu tentang latar belakang Ambiga serta berhujah seperti jurublog UMNO menulis di blog masing-masing. Kah kah kah! Selamat membodohkan diri! Selebihnya, nantilah TM menonton video-video tersebut, esok! P/s: Rupa-rupanya, video bersiri SEMBANG RAKYAT semakin membiak di Youtube. Banyak bajet UMCO bikin video dengan hujah yang boleh bikin orang tergelak mendengarnya? Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Faizal Hussein - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan