Nuffnang

Rabu, 1 Februari 2012

Jamal Abdillah - Google Blog Search

Jamal Abdillah - Google Blog Search


<b>Jamal Abdillah</b> Tak Diundang Tonton Azura 2012

Posted: 31 Jan 2012 04:00 AM PST

berita | Tempatan

Teks oleh Razif Rosdi

Email: razif_rosdi@digitalfive.com

KUALA LUMPUR, 31 JANUARI 2012: Lakonan raja pop negara, Jamal Abdillah menerusi filem Azura meninggalkan kesan begitu mendalam sehinggakan watak Zack dalam filem ini melekat kepada pelantun lagu Kekasih Awal Dan Akhir itu.

Bagaimanapun, bermula 2 Februari ini, pelakon kontroversi, Shah Jaszle pula bakal dikenali dengan watak Zack menerusi filem Azura versi baru lakonannya bersama Neelofa.

Walaupun begitu, adakah Jamal bersedia dan menerima hakikat Shah Jaszle akan menggantikan tempatnya melalui watak Zack?

"Sebenarnya, pihak penerbitan filem Azura 2012 ada menawarkan saya watak dalam filem berkenaan. Mereka mahu saya melakonkan watak yang sama tetapi versi Zack yang sudah tidak menetap di sini. Namun, saya tolak dan tidak mahu melibatkan diri kerana saya memang sudah tidak mahu berlakon lagi.

"Saya rasa ianya merupakan satu pendekatan yang bagus bila Shah Jaszle melakonkan watak Zack.

"Sedikit sebanyak, ianya boleh mengingatkan masyarakat kembali kepada lakonan saya. Jadi bila orang ingat saya, ia adalah satu petanda yang baik.

"Terus-terang, saya tidak pun dijemput untuk menonton filem ini. Jadi kenapa perlu saya datang menonton pada malam gala kalau tidak diundang.

"Sejujurnya, saya pun tidak berminat untuk menonton filem ini di panggung kerana sejak dari dulu lagi saya tidak suka tonton wayang. Tak kisahlah filem Melayu atau pun barat," katanya.

Mengakui lebih suka menonton rancangan dokumentari dan berita nasional, Jamal berpendapat watak Zack yang dilakonkan Shah Jaszle sudah pasti amat berlainan dari Zack yang pernah dilakonkannya.

"Zack yang dulu seorang yang pandai menyanyi. Tambahan pula, lakonan saya pada masa itu lebih ke arah melodrama. Saya juga adalah seorang penyanyi yang menjadi pelakon.

"Berlainan sekali dengan Shah Jaszle yang memegang watak Zack hanya sebagai pelakon.

"Penonton sudah tentu akan nampak perbezaannya. Apa yang penting, dulu saya berlakon dengan ada melodi sekali," ujarnya.

Sementara itu, Jamal yang kini semakin sibuk dengan konsert solonya, memberitahu turut menerima banyak tawaran berlakon.

Namun, dia tetap akan menolak kerana sudah tidak berminat lagi untuk bergelar pelakon.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan