Nuffnang

Rabu, 1 Februari 2012

Saiful Apek - Google Blog Search

Saiful Apek - Google Blog Search


<b>Saiful Apek</b> Tak Tegugat Dengan Pelawak Junior

Posted: 12 Jan 2012 04:00 AM PST

berita | Tempatan

Teks Oleh: zyzamani

Email:zyzamani22@gmail.com
Foto Oleh: Mazlan Yunos Photography

KUALA LUMPUR, 12 JANUARI 2012: Kehadiran pelawak baru yang tumbuh umpama cendawan selepas hujan, tidak sedikit pun membuatkan pelawak, pengacara dan pelakon popular, Saiful Apek rasa disaingi.

Malah jelas Apek, kelompok pelawak bukanlah besar seperti mana penyanyi dan pelakon lantas kerjasama antara yang baru dan lama dapat memberikan impak yang lebih positif terhadap bidang seni.

"Komuniti pelawak tidak ramai macam pelakon dan penyanyi dan kerana itulah kami ini sangat berbeza. Lantas persaingan memang tidak wujud kerana semuanya saling bekerjasama dan saling menghormati. Itulah yang penting bagi membuatkan antara kami berkembang maju.

"Malah apabila melihat pelawak baru mengingatkan saya pula ketika zaman diawal kemunculan saya. Saya juga seperti mereka yang perlahan-lahan membina nama dalam bidang komedi ," katanya ketika ditemui selepas majlis pratonton filem Bujang Terlajak arahan Prof. Madya A. Razak Mohaideen, di GSC Gardens, baru-baru ini.

Bergandingan bersama Nabil dan Johan Raja Lawak dalam filem tersebut, hasil lakonan Saiful Apek dilihat kurang menyengat berbanding kedua-dua pelawak muda berkenaan.

Menafikan ada diantara mereka yang telah over shadow dengan gandingan itu, kata Apek masing-masing mempunyai kelebihan yang mampu memikat penonton.

"Saya tidak nampak ada pihak yang lebih ataupun kurang. Bagi saya, masing-masing mempunyai kelebihan dan berdiri di atas kaki sendiri untuk menghiburkan penonton.

"Saya pasti peminat yang hadir menonton kelak dapat menyaksikan sendiri ketiga-tiga kami mempunyai formula tersendiri untuk tampil dengan lawak yang menghiburkan," jelasnya.

Selain mereka bertiga, Bujang Terlajak turut memperlihatkan kemunculan Fazura sebagai Putri yang menjadi rebutan tiga lelaki berkenaan.

Bujang Terlajak bakal ditayangkan di 75 pawagam tempatan serta Brunei dan Singapura bermula 19 Januari ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan