Nuffnang

Rabu, 1 Februari 2012

Faizal Tahir - Google Blog Search

Faizal Tahir - Google Blog Search


<b>Faizal Tahir</b> Mahu Berehat Setahun

Posted: 30 Jan 2012 04:00 AM PST

berita | Tempatan

Teks Oleh: zyzamani

Email: zyzamani22@gmail.com

Foto Oleh: Mazlan Yunos Photography

KUALA LUMPUR, 30 JAN 2012: Bukan merajuk ataupun terasa hati namun jelas Faizal Tahir, dia mengambil keputusan untuk merehatkan diri daripada menyertai mana-mana majlis anugerah bermula tahun hadapan.

Kata Faizal Tahir, keputusan tersebut dibuat memandangkan tahun ini jadual seninya cukup padat.

Lantas keputusan tersebut diambil bagi memberi peluang kepadanya untuk membahagikan masa buat keluarga serta aktiviti seninya.

"Tahun ini saya sangat sibuk dengan pelbagai perkara. Jadi saya mengambil keputusan untuk berehat bermula tahun hadapan daripada menyertai mana-mana anugerah lagi.

"Bukan merajuk atau apa sebaliknya. Ini kerana saya mahu menumpukan perhatian kepada anak-anak, album saya yang dalam pembikinan serta konsert sulung saya," katanya ketika ditemui selepas Anugerah Juara Lagu Ke-26 (AJL26) malam tadi.

Namun jelas pemenang tempat ketiga AJL26 ini, dia masih lagi akan hadir memberi sokongan kepada kesemua majlis anugerah yang akan diadakan kelak.

"Saya berehat dari bertanding di pentas, tetapi apabila AJL, Anugerah Bintang Popular, Anugerah Industri Muzik, saya akan hadir memberi sokongan. Cuma biarlah saya berehat setahun dan bertanding selepas itu,"ucapnya.

Meskipun namanya kini antara penyanyi lelaki popular yang digilai ramai, tutur bapa kepada empat cahayamata itu, dia tidak merasa rugi serta terkilan dengan keputusan yang diambilnya itu.

"Saya tidak rasa rugi kerana saya yakin apabila kita lepaskan satu benda, pastinya kita akan dapat benda lain pula yang lebih baik. Semuanya bersebab dan saya tidak memandang perkara itu dari sudut yang negatif,"jelasnya yang telah pun menyertai AJL selama lima tahun berturut-turut.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan