Nuffnang

Isnin, 13 Februari 2012

Izreen Azminda - Google Blog Search

Izreen Azminda - Google Blog Search


<b>Izreen Azminda</b> & Muhamad Riza Bertunang 1 Januari Lepas <b>...</b>

Posted: 03 Jan 2012 02:54 AM PST

Pernah mengaku bercinta dengan pelakon drama sensasi, Johan Asari, Izreen Azminda yang sedang meningkat naik dengan beberapa drama lakonannya telah sah bertunang bersama Muhamad Riza di Alor Star, Kedah pada 1 Januari lepas.

Izreen Azminda yang mula dikenali melalui watak yang dibawanya di dalam drama Juvana sebelum ini pernah mengaku dia dan Johan Asari pernah bercinta tetapi dinafikan sekeras-kerasnya oleh Johan atau lebih dikenali sebagai Botak Juvana.

Namun, segala gosip liar ini beransur hilang setelah Izreen mengumumkan bahawa dia akan mengikat tali pertunangan dengan Muhamad Riza. Tidak berhenti disitu, khabar angin turut tersebar mengatakan bahawa sebelum ini Muhamad Riza pernah mempunyai anak luar nikah dan menggugurkan kandungan teman wanitanya seperti yang diuar-uarkan di beberapa laman gosip tempatan.

Tidak mahu menuduh sesiapa, OHBULAN! harapkan bahawa tali pertunangan Izreen Azminda dan Muhamad Riza akan berkekalan dan ke jinjang pelamin.

Tiada ulasan:

Catat Komen