kumpulan KRU - Google Blog Search |
Aku Anak Labuan: (Video) Zero Atau <b>KRU</b> : Raja Lawak 6 Posted: 12 Feb 2012 10:26 PM PST |
DATUK SHARIFAH AINI KINI ARTIS <b>KRU</b> MUSIC Posted: 12 Feb 2012 09:15 PM PST SIAPA sangka sebelum ini Datuk Sharifah Aini pernah bernaung sebumbung dengan kumpulan KRU di bawah label EMI Malaysia. Kini penyanyi tersohor itu akan bernaung di bawah label KRU Music yang diterajui oleh tiga beradik Norman, Yusry dan Edry Abdul Halim. Kata Sharifah Aini yang mesra dengan panggilan Kak Pah, KRU Music merupakan syarikat rakaman kedua setelah 37 tahun menjadi penyanyi di bawah label EMI. "Itupun sebab EMI tutup, kalau masih ada, sudah tentu Kak Pah masih menjadi artis EMI. Kak Pah bersedia menjadi artis KRU Music sebab tertarik dengan keupayaan dan bakat mereka. "Semuanya bermula pada program Mentor. Kak Pah ada cakap pada Edry, minta dia buat lagu ala-ala Sedetik Lebih nyanyian Anuar Zain. "Kak Pah ingat, dia lupa perbincangan kami. Rupa-rupanya lepas itu dia telefon dan kami berbincang," jelasnya ketika ditemui baru-baru ini. Hasil daripada beberapa perbincangan di kediaman beliau, akhirnya penyanyi terkenal itu sah menjadi artis naungan KRU Music untuk jangka waktu dua tahun. Untuk permulaan, Kak Pah sedang menunggu lagu-lagu ciptaan Edry sebelum menjalani rakaman vokal pada waktu terdekat ini. "Siapa sangka, Kak Pah boleh bekerjasama dengan budak-budak muda ini. "Kak Pah percaya kepada kebolehan Edry. Kalau kita tengok, kebanyakan lagu ciptaannya popular dan Kak Pah yakin dia boleh memberi lagu terbaik untuk Kak Pah rakam. "Selain lagu ciptaan Edry, Kak Pah juga bercadang nak rakam semula lagu sedia ada mengikut gaya sendiri seperti lagu Gerimis Mengundang nyanyian Slam," katanya tersenyum. Pada masa sama Sharifah Aini turut bercerita tentang program Istimewa Bersama Sharifah Aini yang bakal dijaya bersama Orkestra RTM. Katanya, sudah lama dia tidak bekerjasama dengan RTM dan apabila dipanggil untuk menjayakan program tersebut, dia tidak dapat menyembunyikan kegembiraannya. "Terakhir Kak Pah dipanggil RTM untuk buat program tahun baru 2010 bersama artis lain. "Program Istimewa Bersama Sharifah Aini ini berbeza, sebab Kak Pah artis utama. "Kak Pah suka sangat bila buat program dengan RTM sebab ada orkestra. ![]() |
You are subscribed to email updates from kumpulan KRU - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan