Nuffnang

Isnin, 13 Februari 2012

Scha Alyahya - Google Blog Search

Scha Alyahya - Google Blog Search


Awal Ashaari dan <b>Scha Alyahya</b> | EH!

Posted: 31 Jan 2012 08:01 AM PST

Perasaan si jejaka untuk mengenali siapa si gadis manis jelita mula timbul kala menjadi hos untuk Dewi Remaja. Pesona dan karisma yang dimiliki gadis idamannya membuatkan hatinya terpikat dan dari situ mula berputik rasa cinta. Itulah dia pasangan sejoli Awal Ashaari dan Scha Alyahya menghiasi muka depan majalah Eh! bulan ini.

Awal

Bidang pengacaraan sememangnya memberi kepuasan kepada Awal berbanding lakonan. Bagi Awal, berlakon memang menyeronokkan kerana dapat bertemu dan berkerjasama dengan rakan-rakan di set tetapi jejaka berbintang Leo ini lebih gemar dan selesa ketika mengacara berbanding melakonkan sesuatu watak kerana bidang pengacaraan memberi ruang kepadanya untuk menonjolkan personaliti diri.

awal post 1 Awal Ashaari dan Scha Alyahya
scha post 2 Awal Ashaari dan Scha Alyahya Scha

Nama Scha Alyahya terus melonjak ketika membawa watak sebagai Dania menerusi siri Awan Dania. Impian asal gadis yang bersuara serak basah ini adalah ingin menjadi seorang pembaca berita tetapi pengalaman awalnya di set pengambaran telah membuatkan Scha mula minat pada dunia lakonan. Jika dahulu Scha mendefinasikan dirinya sebagai working actor, kini, bidang lakonan merupakan satu passion bagi dirinya.

Perbezaan Personaliti

Lihat saja gaya Awal yang cukup metroseksual, pasti ramai yang menganggap dia seorang yang mementingkan kesempurnaan dan lagak Scha pula tampak lebih relaks dan bersahaja. Ternyata anggapan itu salah kerana munurut Scha, dia mengakui bahawa dirinya mahukan sesuatu dengan lebih cepat dan sempurna berbanding personaliti Awal yang sangat relaks. Scha tidak akan teragak-agak untuk mengambil alternatif lain sekiranya ingin penyelesaian secepat mungkin jika timbul sebarang masalah. Berbeza pula dengan Awal yang mengambil masa untuk berfikir sesuatu dengan semasaknya.

Sewaktu sesi pengambaran dilakukan, penulis Eh! tidak melepaskan peluang untuk bertanyakan bilakah mereka akan berkahwin. Ingin mengetahui apa jawapan mereka? Jangan lupa dapatkan Eh! Februari 2012 untuk membaca artikel penuh ini selanjutnya!

Ayuh, saksikan video di sebalik tabir sesi pengambaran bulan ini!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan