Nuffnang

Khamis, 9 Februari 2012

Liyana Jasmay - Google Blog Search

Liyana Jasmay - Google Blog Search


Syamsul Yusof Sahkan Tidak Bercinta Dengan <b>Liyana Jasmay</b>, Hati <b>...</b>

Posted: 08 Feb 2012 10:13 AM PST

Semalam, apabila Liyana Jasmay keluarkan kenyataan yang beliau kini sudah bersedia bergelar isteri — peminat hiburan Malaysia mula timbul dengan spekulasi sendiri.

Ada antara mereka mengatakan yang kenyataan terbaru pelakon & kini penerbit ini merupakan satu tanda awal untuk Syamsul Yusof menghantar pinangan.

Walaupun tidak sepatah Liyana Jasmay menyebut tentang si bakal suami, gossip yang mengatakan beliau kembali bercinta dengan Syamsul Yusof menjadi punca utama spekulasi.

Namun, wartawan Rotikaya.com sempat bertemu Syamsul Yusof baru baru ini untuk mendapatkan kenyataan tentang gossip dan spekulasi ini — dan tenang beliau menafikan segalanya yang berlegar sejak kebelakangan ini. 

Menurut kenyataan Syamsul Yusof, beliau kini tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan Liyana Jasmay seperti yang di'dakwa kerana kini beliau dalam hubungan cinta bersama gadis biasa.

Syamsul Yusof mengakui yang hubungan cinta bersama gadis biasa ini sudah berlangsung hampir setahun & gadis ini merupakan penuntut sebuah universiti tempatan — tiada maklumat lanjut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan