Nuffnang

Khamis, 9 Februari 2012

Vanidah Imran - Google Blog Search

Vanidah Imran - Google Blog Search


<b>Vanida Imran</b> Belum Sempat Tonton Nona

Posted: 25 Jan 2012 04:00 AM PST

berita | Tempatan

Teks oleh Kheme Rosly
Khemerosly@yahoo.com

KUALA LUMPUR, 25 Januari 2012: Lebih setahun menjadi pengacara tetap bagi program berbentuk majalah untuk golongan wanita berjudul Nona, kini tempat Vanidah sudahpun diisi.

Bukan seorang, tetapi tempatnya telah digantikan dengan dua figura yang sangat dikenali. Seorang merupakan pengacara Melodi manakala seorang lagi merupakan pendatang baru yang semakin panas di pasaran.

Sudah mengemudi buat beberapa episod untuk rancangan berkenaan, kredibiliti Farah Fauzana mahupun Neelofa telah menjadi perhatian ramai.

Tidak keterlaluan juga, ramai yang membandingkan antara Vanida dan dua pengacara baru itu, meskipun Nona sedang mengalami fasa perubahan dari segi konsep dan kandungannya selepas hampir 20 tahun bertapak.

Vanida yang ditemui baru-baru ini berkata, dia berasa sedikit agak terkilan apabila bukan dirinya saja, malah seluruh produksi yang menerbitkan program kesukaan ramai itu telah digugurkan dan digantikan dengan pasukan baru.

Bagaimanapun, dia menerimanya dengan hati terbuka dan mengambil langkah untuk terus menumpukan dengan aktiviti seninya sebagai seorang pelakon dan tidak juga mahasiswa secara sambilan di sebuah universiti terkemuka tempatan.

"Saya kembali sibuk dengan aktiviti seni. Antara yang diberi tumpuan buat masa sekarang adalah Cuci Cuci Muzikal yang memasuki musim ketiga pementasannya.

"Selain itu juga, saya dipilih untuk menjadi hos bagi rancangan baru Dugro Chef Cilik sebuah rancangan realiti masakan khusus buat kanak-kanak" jelasnya yang menyerlah bersama perhiasan leher dan tangan Thomas Sabo.

Ditanya pendapatnya mengenai konsep terbaru Nona, Vanida bagaimanapun masih belum berkesempatan untuk menonton siaran terbaru itu kerana terlalu sibuk menguruskan anak-anak memandangkan waktu siaran itu jatuh pada hari Ahad.

"Dulu ketika mengacara dapat juga saya tengok. Tapi sekarang kerana sibuk melayan kerenah anak-anak berjalan ke sana-sini, membuatkan masa saya terlalu sibuk buat mereka saja.

"Bagaimanapun, saya percaya dengan kemampuan Farah Fauzana dan Neelofa. Malah agak kelakar juga apabila saya telah ditemuramah oleh wartawan Nona sendiri sebentar tadi yang membuatkan saya berperasaan sedikit kekok," katanya diiringi ketawa kecil.

Tambah Vanida, tahun ini juga dia bakal tampil dengan sebuah filem. Namun pelakon Setem itu enggan berkongsi lebih lanjut kerana mahu peminat menanti kemunculan istimewanya itu tidak lama lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan