Diana Amir - Google Blog Search |
<b>DIANA AMIR</b> MALU ADEGAN BERKEMBAN | Posted: 11 Jan 2012 11:43 PM PST DIANA AMIR MALU ADEGAN BERKEMBAN Want an ultra-even, flawless foundation finish?GENRE seram menjadi pilihan Metrowealth Movies Production (MMP) Sdn. Bhd, sebagai pembuka tirai 2012 dengan mempertaruhkan sebuah naskhah berjudul, Keramat. Diarahkan oleh sutradara Azhari Mohd Zain yang sebelum ini mengarahkan Flat 3A, filem itu membariskan pelakon Zul Handyblack, Rabecca Nur Islam, Mon Ryanti, Adey Syafrien, Putri Mardiana dan Diana Amir. Majlis pratonton diadakan MBO Subang Parade, Subang Jaya, malam kelmarin. David Teo selaku produser berkata, filem seram kembali menggila di pawagam dan kemunculan Keramat yang mewakili genre itu di pawagam, sesuatu yang amat bertepatan. "Menghasilkan filem seram bukan sesuatu yang baru bagi MMP ,tetapi kami cuba pastikan setiap filem yang dikeluarkan punya tarikan tersendiri dan menampilkan jalan cerita berbeza-beza."Sebagaimana diketahui umum saya sentiasa mengamalkan sikap 'open arms' dengan memberi peluang kepada pengarah berbakat untuk mempamerkan kemampuan mereka. Setiap pengarah ada sentuhan tersendiri, begitu juga Azhari. What is the Coral Triangle and why does it need my $5?"Saya yakin Keramat akan mendapat kutipan yang memberangsangkan kerana jalan ceritanya yang menarik dan ia sesuatu yang dinanti-nanti penggemar filem seram," katanya. Bakal ditayangkan hari ini (12 Januari) filem keramat, berdasarkan petikan sinopsis mengisahkan pada tahun 1900, seorang lelaki bernama Habib difitnah merosakkan kehormatan Mustika. Akibatnya, Habib dikerumuni dan dipukul oleh orang kampung diketuai oleh Jabar, abang kandung Mustika. Habib yang bukan calang-calang orang terus dipukul dan kain yang selama ini menutupi wajahnya ditarik oleh orang kampung dan berlakulah satu peristiwa yang amat dahsyat di mana semua penduduk kampung mati dek cahaya terang yang terpancar dari wajah Habib. Pada zaman ini, kehidupan dua beradik iaitu Nazmir dan Nasti mula dihantui pelbagai peristiwa pelik dan menyeramkan bermula dengan kehilangan bayi yang dikandung Syazura, isteri Nazmir. Sejak itu, seorang demi seorang ditimpa pelbagai peristiwa di luar fikiran termasuk Munirah, isteri Nasti. Keinginan Syazura untuk pulang ke kampung halaman suaminya menjadikan keadaan bertambah rumit. Satu persatu rahsia terbongkar dan mendedahkan sebuah sejarah yang mengejutkan Nazmir (Zul), Syazura (Rabecca), Nasti (Hairul Azreen) dan Munirah (Mon Ryanti). Hampir 120 minit melayari Keramat, jelaslah jika filem ia dibuat untuk membikin bulu roma penonton naik dan berasa terkejut, pelaksanaan itu boleh dikatakan berjaya. Sementara itu, pelakon Diana Amir yang tampil dengan imej bertudung penghujung 2011 yang lalu meluahkan rasa malu dan kesal menonton adegan lakonannya berkemban sebagaimana di dalam filem Keramat. Meskipun babak yang dijayakan itu dibuat sebelum dia mengambil keputusan untuk bertudung dan berhijrah, namun terdetik rasa terkilan di hatinya. "Penggambaran filem itu diadakan dua tahun sudah dan saya belum lagi memakai tudung. Saya akui rasa malu dan segan bagaimanapun saya tidak mampu mengubahnya. "Cuma saya berharap sangat penonton tidak salah faham dan menganggap saya sanggup membuka tudung demi memenuhi kehendak watak. Saya sekali menegaskan ketika terbabit dalam penggambaran filem itu dua tahun sudah saya belum bertudung. Saya mohon maaf kalau ada yang tersinggung," katanya. |
You are subscribed to email updates from Diana Amir - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan