Nuffnang

Khamis, 1 Mac 2012

Diana Danielle - Google Blog Search

Diana Danielle - Google Blog Search


WAJAH IRAS <b>DIANA DANIELLE</b> | MISTERI KIRIMAN NOTA CINTA <b>...</b>

Posted: 27 Feb 2012 04:23 PM PST

Number of View :3578

BACA SINI DULU

KUALA LUMPUR 27 Feb. – Misteri kiriman nota tertulis ayat-ayat cinta serta tiga ekor ayam hidup yang diterima seorang setiausaha sebuah syarikat swasta sejak dua minggu lalu, akhirnya terbongkar hari ini.

Ini setelah individu yang dikatakan menghantar nota tersebut serta tiga ekor ayam kampung yang dipelihara kepada wanita tersebut ditahan di rumahnya di Setapak Jaya, kira-kira pukul 1 petang ini.

Lebih mengejutkan, lelaki itu yang dikenali sebagai Mohd. Hisyam, 34, adalah jiran kepada wanita itu dan dikenali mangsa kerana tinggal tidak jauh dari rumah setiausaha berkenaan.

Difahamkan, suspek yang sudah berkeluarga dan mempunyai tiga anak itu berbuat demikian setelah menyangka mangsa ialah pelakon terkenal Diana Danielle kerana berkulit cerah dan seperti berdarah kacukan.

Mohd. Hisyam yang ditemui pemberita di Balai Polis Wangsa Maju di sini mendakwa, dia dan mangsa yang disangkanya Diana Danielle sering berbalas komen di Twitter sehingga nekad untuk mengenalinya lebih dekat.

Dia yang tidak bekerja turut mendakwa mengenali 'Diana Danielle' sejak beberapa tahun lalu, sebelum wanita itu mula dikenali ramai.

"Saya telah lama berkawan dengan 'Diana Danielle' dan ikatan persahabatan itu semakin kuat apabila kami sering berbalas komen di Twitter.

"Malah dia juga sering memberi gambaran kepada saya untuk mengenalinya dengan lebih dekat. Itu menyebabkan saya menghantar pelbagai jenis hadiah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurutnya, dia meminati 'Diana Danielle' kerana pelakon itu cantik serta berdarah kacukan.

Mohd. Hisyam memberitahu, tujuan dia memberi tiga ekor ayam hidup kepada 'Diana Danielle' adalah sebagai hadiah daripada seorang peminat setia.

"Ayam-ayam hutan itu sebenarnya saya pelihara untuk dijual tetapi tidak laku. Oleh itu saya ambil keputusan untuk memberikan ia secara percuma sebagai hadiah kepada 'Diana Danielle'," katanya.

Mohd. Hisyam ditahan berikutan laporan seorang wanita yang trauma apabila menerima nota berbentuk hati tertulis ayat cinta, seluar dalam lelaki dan ayam hidup di rumahnya di Wangsa Maju.

Selain nota yang ditujukan kepada artis Diana Danielle, kiriman itu turut menyebut nama penyampai berita TV3, Pang Chinn Fei.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi hari ini mengesahkan penahanan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menakutkan secara jenayah.

"Kita akan menahan reman lelaki itu dan akan menyiasat latar belakang kesihatannya," katanya.

SUMBER : UTUSAN MALAYSIA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan:

Catat Komen