Nuffnang

Khamis, 8 Mac 2012

Elly Mazlein - Google Blog Search

Elly Mazlein - Google Blog Search


<b>Elly Mazlein</b> Nikah Duda Disember Depan | Rima Alliq Mobile <b>...</b>

Posted: 28 Feb 2012 09:09 PM PST

Elly Mazlein Nikah Duda Disember Depan<br />

KUALA LUMPUR, 29 FEBRUARI 2012: Mengikat tali pertunangan bersama pengarah, Azmi Hata yang juga merupakan seorang duda anak dua, pada pertengahan tahun lalu, pelakon dan penyanyi Elly Mazlein memilih Disember ini untuk diijabkabulkan.

Jelas Elly Mazlein, bulan tersebut dipilih memandangkan sambutan ulang tahun kelahirannya yang jatuh pada tanggal 17 Disember.

"Kami akan bernikah pada penghujung tahun ini iaitu bulan Disember sempena bulan kelahiran saya. Namun tarikhnya masih belum lagi ditentukan kerana diikutkan saya mahu buat pada 17 Disember tetapi tarikh itu jatuh pada hari bekerja.

"Kalau boleh saya mahu majlis diadakan pada hujung minggu supaya semua sanak saudara dapat hadir memeriahkannya," katanya membuka bicara mengenai tarikh pernikahannya.

Bakal menerima wang hantaran bernilai RM 11, 111. 11 sebagai tanda simbolik dirinya yang mengemari angka satu, kata wanita berusia 31 tahun itu lagi, seboleh mungkin dia mahu majlis pernikahan dan persandingannya itu diadakan serentak pada hari yang sama bagi memudahkan segalanya.

"Kami bercadang untuk mengadakan majlis nikah dan bersanding pada hari yang sama untuk menyenangkan semua pihak.

"Lebih mudah kerana saudara mara dan kenalan hanya datang pada hari itu sahaja,"jelasnya lokasi majlis tersebut masih lagi belum ditetapkan.

Mengakui teruja menantikan saat diijabkabulkan, Elly berkata, persiapan perkahwinannya hampir 50 peratus siap.

Dia bersyukur apabila pihak keluarga mahupun sahabat handai membantu meringankan persiapan perkahwinannya.

Memilih mengayakan baju rekaan Eila Faizshah dan Linda Rahim, pelantun lagu Bicara Kasih ini berharap agar majlis raja seharinya kelak dapat diabadikan sebagai kenangan terindah buat dirinya dan pasangan serta tetamu yang hadir.

"Saya memang mahu sesuatu yang istimewa sempena hari berkenaan. Kita kahwin ini kalau boleh hanya sekali dalam seumur hidup jadi pastinya saya mahukan segalanya indah dan istimewa. Namun tidaklah saya sampai mahu membazir cukuplah ala kadar,"katanya yang memilih untuk mengayakan busana berona lembut.

Dalam pada itu, Elly mengakui sepanjang tempoh pertunangan tiada insiden kurang indah dialami mereka memandangkan banyak cabaran yang akan ditempuhi bagi pasangan bertunang.

Sebaliknya, kata Elly, hanya ada kalanya dia merajuk kerana tidak mempunyai masa untuk bertemu dengan tunangnya itu akibat kesibukkan dengan tugas masing-masing.

Sila klik sini dan sini =)

Mahu buat duit percuma?klik sini =)

from your own site.

Tiada ulasan:

Catat Komen